Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Segalanya....jadi....MUDAH!!!

Salam 9 Ramadhan..

Iftar 8 Ramadhan yg ringkas.... Hb suh masak yg ringkas2 je.. Sepanjang Ramadhan ni rasanya hb cuma minta menu yg simple2 jer.. Semuanya jadi mudah, sentiasa mudah, memang mudah!!


Nasi Goreng lagi!!! Jemu ker?? Eheheeh.. Kali ni Nasi Goreng Pattaya...& kari Daging... Hb just mintak Roti Telur sebagai kuih.. Kadang tu malas nak buat kuih muih sebab takde sape nak makan. Anak2 cuma suka donut ngan karipap. Hb lak lebih pada makanan berat. So?? Mak budak ni kena makan!! Tapi kalau teringin tu, kena agak buat ler.. Hb selalu pesan, masak yg senang2 je.. jgn banyak2.. nanti x abis. Bulan posa ni makan tak banyak, cepat kenyang!!

Nasi Goreng tu wat tuk hb je.. Aku makan roti buka posa semalam... Alhamdulillah.... Mudah kan????



Kari Daging ni pun yang dalam tin punya. Ekekeek... Aku alter sket ar.. bagi lagi power!! Hb beli... konon nak mengimbau zaman muda2 dulu..masa camping Kadet Polis 10hr dalam hutan. makan makanan dalam tin jer.. Huhuhu.. ikut selera hb je lar.. Aku tukang kacau jek!!

Rojak............? :P

Dah berlalu seminggu Ramadhan tahun ini...alhamdulillah.....

Takde pe yg nak d kongsi...cuma menu simple iftar semalam yg dah lama tertangguh nak buat... Sumanya pasal malas nak buat mee kuning. Selalu pesan ngan hb beli mee kat pasar ngan makcik muslim tu, tapi mee makcik tu cepat abis.. Nak beli kat tempat lain, agak d ragui statusnya... Semalam, merajinkan diri gak menggelek mee.. Maka, tertunailah hajat d hati..


Rojak ape ek??

Hidangan yg comot..sebab hb dah tak sabo2 nak rasa.. Amik resepi dr umah kak hana. Mekasih pada yg empunya resepi. Kak Hana kata, kalau ada mee, rojak mee...kalau ada ayam, rojak ayam.. tapi rojak aku ni ada sumanya... Nak panggil ape?? Panggil Rojak Campur ler yer....



Walaupun tak ada sepenuhnya aksesori rojak ni..tapi memang best. Cuma hb kata kurang pedas, padahal aku dah 3 x gandakan cili keringnya dr resepi asal..huhu.. memang antu pedas sungguh!!
Ayam malas nak potong2.. makanlah seketul2 tu...



My Little Princess....

Hb snap gambo kakak bersahur pagi tadi.. Menu sahur kakak cuma Coco Ball wif Soya Milk & 2 biji Vitamin. Dia x moh makan nasi pepagi ni. Kadang makan roti ngan cheese.. Malam tadi awal2 dah pesan, sahur kakak nak minum Teh O tau mama!!.. Tapi minum seteguk jer, sebab dah kenyang ngan soya yang dihirup licin kat pinggan tu.. Kakak2..anak mama yang KUAT!!! Alhamdulillah.........

Sekadar Berkongsi Sesama Kita...

Salam 7 Ramadhan.. hari ni takde nak n3 pasai makanan la ek.. sebab menu buka posa semalam biasa2 jer.. Hb mintak mihun goreng jek. Pastu jemput pisang lagik wat c adik... c kakak plak biasalah... nasi putih ngan sup ayam.. Mama depa ni plak sambal petai lagik!! so, suma menu yg d ulang tayang sajer..

Alhamdulillah..sepanjang 6 hari Ramadhan, kakak dapat puasa 4 hari penuh.. InsyaAllah akan d teruskan semampu kakak..

Oklah..just nak kongsi 1 artikel yg saya jumpa di satu laman web... Sama2lah kita baca yer.. manalah tau ada d antara kita pernah 'terlakukannya.'.. Sesungguhnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui....

Dari inbox admin,tak tau kebenarannya dan tak pernah join tarian poco-poco ni. Tak pasti betul ke ada iras-iras salib.

Mari sama-sama baca emel ini "Assalammualaikum. Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.

Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan." Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman?

Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM...

Murah Rezeki... Alhamdulillah..

Salam d pagi 6 Ramadhan.. Alhamdulillah.. dah berlalu 5 Ramadhan yg dinikmati penuh kesyukuran...

Hari ni hb ada Exam PTK.. untuk 1 paper lagi! Aku doakan sempena bulan penuh barakah ni, hb akan dapat menjawabnya dengan baik.. & boleh lulus! Depa kata PTK ni memang susah nak pass,..sampai berkali2 ambil.. Ikut nasiblah.. Heheheh...

Menu Ramadhan semalam memang sesangat la sempoi.. Hehehe.. Jom kita terjahhhh..



Mee Segera je ngan Ayam Bakar Madu & kawan2...

Mula tanya hb, dia nak makan nasi ke, nak makan mihun ke? Dia cakap mihun goreng ok gak.. Pastu suggestkan hb makan bakso... sebab ada kuah2 gitu! Sebelum tu hb dah cakap nak makan pulut arini sebagai kuih.. dah rendam pun pulut. Dah deal nak makan bakso, baru nak rendam mihun, tetiba hb kata "sedap gak kalau kite makan mi sedap!" huhuhu.. Mee segera Sedap tuh! Tapi nak ngan Ayam Bakar Madu tu.. Tak kisahla... sumanya senang.. yg nak makan pun hb kan!! So, menu buka puasa semalam memang2 simple.. sesekala makan mee segera!!



Memang dah plan nak masak pulut tuk wat Lopes, tapi hb kata dia x suka Lopes... so buatkan sambal tumis makan ngan pulut tuh. Nak wat serunding malas... Tapi sedap makan gini!!



Lopesku yang tak anggun... Sebenarnya aku pun x bape suka Lopes ni.. kalau mak beli pun jaaaranggggg makan! tapi bila posa2 ni, ngok kat umah kak Hana cam best jer.. so, buat gakla.. lepaskan hajat.. eheheh.. Kuahnya kurang manis... sebab nak menjaga kesihatan.. Muahahaha...


Sesungguhnya...MURAH rezeki kami hari nih. Makan pun sampai dah kekenyangan yg teramat!
Masa tengah ready2 nak masak buka posa semalam..dapat mesej & call misteri... ada orang suh aku tunggu kat bawah umah.. orang tu nak anto barang.. ehehe.. barang apa ek??

Taraa... nilah dia..... juadah berbuka puasa dr orang yg chumill itew. Orang tu ada bawakan Bubur Pedas Sarawak..nak suh aku rasa punya pasalll. Siap bawakkan rempah bubur pedas tu, manala tau aku nak wat sendrik! SEDAP... aku suka rasanya! Hb pun suka!! InsyaAllah kalau ada kerajinan aku akan cuba buat w/p agak renyah sket. Kak Dayang ada anto resepinya kt myR.


Tepung Pelita Masa Kini. Moden..mudah..cun.. Kiut tul bekas kue tepung pelita ni kan?? Dah x payang susah2 nak cr daun pisang.. w/p aromanya pasti berbeza!! Dah tak payahlah nak buat tepung pelita pasni.. sebab dah makan pun!!

Buat orang tu...sape dia?? Sape lagik!! c HaSue larrr.. sempat gak singgah jumpa aku jap ondaway nak balik kampung tuh. w/p x sempat naik rumah.. Hari ni HaSue dah nak balik Mukah semula. TERIMA KASIH BEBANYAK... Buat susah2 jer... i lebiuuuuuuu.. mmmuahhh..

Antara KESILAPAN Muslim di bulan RAMADHAN

Antara kesilapannya ialah:

1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).

Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yg telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu"
(riwayat Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.

Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkn sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
(Fathul-Bari,4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukn ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu kesilapan yg amat besar. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan ditanya oleh ALLAH kpd kita di akhirat kelak.

5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja2 di siang hari dgn alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kiter lakukan di pejabat atau di mana2 tempat kerja pun, bila diniatkan Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.

6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah. Sedangkan Imam As-Suyuti menegasakan bahawa hadith yg menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah.
(Al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)

7) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa & tidak mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang disebut oleh NABI SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

8) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkn meriah. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha ALLAH SWT sebagaimana yg ditetapkan oleh NABI SAW di dalam hadith:

ertinya: "sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat".
(Riwayat Bukhari)

9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA.. wal'iyazubillahi min zaalik..

Wallahu'alam...

Menu 4 Ramadhan

Salam 5 Ramadhan....

Alhamdulillah...
Cuba untuk melakukan yg terBAIK pada Ramadhan kali ini... kerana... mungkinkah ini Ramadhan terakhir untukku? adakah MASIH BERPELUANG untukku bertemu Ramadhan Allah ini pada tahun hadapan??..... Hanya Allah yg MAHA MENGETAHUI.....

Menu yg ringkas tuk buka puasa semalam.. macam biasa... namun syukur atas rezekiNya..

Malas nak berceloteh panjang... tengok je lar gambo yer... deconya jgn lak gelak!! Orang malas memang cenggitu!! X kretip langsung!!!


Macam2 rasa ada... Muahahahaah....



Petai lagik!! Selagi tak abis dalam stok!! Semalam guna cili kering kisar, la ni just guna cili api..



Akhirnya dapat gak buat ini buah... banyak gak wat.. bg jiran bawah tu separuh, pastu depa bagi mee sup. Rezeki..syukurr...



Buat khas tuk adik. Tengah panas2, la tu gak nak makan! Pebret dia!!

Jom Jawab Tag

Meh suma...meh2..meh jawab tag dr kak Ieta nih!!! Jommm..

Pepagi camni takde keje nak buat... ehehe...hb kuar beli barang.. c kakak membaca, adik ngah main brick... aku dok godeh2 tenet ni la.. kalau nasib baik..ok ler streamyx nih!

Sebelum tu, nak ucapkan "Selamat Hari Wanita" pada semua.. sebab hari ni 25 Ogos, adalah Hari Wanita Peringkat Kebangsaan... Semoga kita terus sukses dlm setiap bidang yg kita ceburi..
Kita adalah yg TerBAIK!!! insyaAllah.

Aku nak jawab TAG, dr saper???? heheeh...

1.ANDA RASA HOT????
Cuaca hari ni cam ok jer. Cool.. ehehe
"Hot" ngan orang yg x reti nak tepati janji!!!

2.UPLOAD GAMBAR KESAYANGAN ANDA???

Gambar Kesayangan saya??.. huhuhu...banyak bangettt......... tapi saya pilih 2 jer.. yg paling Istimewa yg boleh d pertontonkan.. ehehe.. x perlu d edit2..

3.KENAPA ANDA SUKA GAMBAR INI????

Kenapa suka???...Dah tentu sayang, so mestilah suka!! ye tak?.

1st..itulah insan2 yg sentiasa ada..bersama..d cc...depan mata...d hati..yg terAMAT2 d kasihi & d CINTAI....susah senang d lalui bersama d tempat orang nih!

2nd tu sebab suma famili saya dapat berkumpul setelah 2 tahun tak berjumpa!! Kemeriahan Hari Raya amat2 d rasai.. Suka sangat!! Ada mak, abah, along, angah, Yune & cu Izan. Yg semuanya saya sayang! Tahun ni tak dapat kumpul sama. Sedih wooo..

4.BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA?????

Lama tul..rasanya dah berbulan2!! ntah2 setahun dah kot!! kalau yg beli kat 'pizza hut' tu lar. Kalau yg buat sendrik tu..adalah dalam sebulan lepas kot!! ke ntah2 lama lagik!! hehee..eheheh..Malas! Tapi dah ada plan nak wat nih!!!

5.LG TERAKHIR ANDA DENGAQ?????

Lagu "Taubat Seorang Hamba" dr Irsyadee.. artis baru kot! Hb upload msk dlm lappie nih!

6.APA YG ANDA BUAT SAMBIL SELESAIKAN TAG INI???

Tengok citer kat TV3.. Pertama Ramadhan....sambil layan anak2..


7.SELAIN DARI NAMA ANDA SENDIRI...ANDA SUKA DIPANGGIL DENGAN NAMA APA?????

Hehehe..."mama" bile anak2 panggil..... Kalau depa panggil..'maaa..' cam lembut je dengoo.. Pastu "ayang"...nama panggilan hb tuk aku..

8.TAG LG 6 ORG TANPA RASA KEKESALAN...

Stop la ek!! tapi sape yg rajen, wat ler...

Kak Ta...soklan Tambahan tu kite pernah buatla... ekeke.. skip ek!! sayanggg dieee...

Menu 3 Ramadhan

Salam Empat Ramadhan.........

Biasanya lepas sahur memang tak tido lagi.. siap terus mengemas, membasuh.. mandi, mengaji.. pastu baru leh merempit... sementara tunggu anak2 bangun. Memalam takde peluang nak jeling2 kat pc nih... Selain d sebabkan masa yg padat, kekadang line ni ala2 mengong gitu!! Kami terawih bersama di rumah.. Tak ke surau pun.. takut c kecik tu bising laks! Hero sorang tu bukan tau dok diam!!

Tapi malam tadi betul2 punya ngantuk.. Pas bukak posa tu.. masa ngaji terhoyong hayang dah.. last2 tertidur sambil peluk al-Quran. Dapatlah 1/2 j aku tido sebelum hb gerak tuk solat isya' & terawih sama.. Kiranya lewat sketlah berterawih malam tadik! Parah betoi!! eheheeh.... Tak tahan tul my mata nih!!!

Menu bukak posa semalam ringkas jer.. masak pun cukup2 tuk wat bukak posa. Sahur biasanya lg la simple... sebab yg makan hb ngan kakak jer...


Ohhh petaiiiiiiiiii... I like uuu..
Hehehe.. lama tak melantak petai ni.. Semalam makan tak hingat!! Lagi lak ada ikan masin bulu ayam yg rangup gitu!! Urmm..best! Selalunya petai ni kena belah 2 @ 3. Kalau sebijik2 beso tu hb takmoh makan... Hb suka sambal petai tapi kena bg dia ramping dulula... Ngengada sket... Hikhikhik...



Ambik resepi Ikan Bakar Tomyam dr umah kak Ina Hana tuh.. Tapi takla guna ikan siakap. Ntah ikan pe yg aku guna pun aku x tau.. Tak abis berguru pasal ikan..tok gurunya dah gi bertapa. So... tau sikit2 je la pasal dunia ikan nih!! Buat berkuah.. sebab kan suka kuah2... Sedap!!!




Ni ajelah kue yg aku rajen nak buat.. Hehehe.. Mula tu nak wat buah melaka sekali... Pastuuuuu.. cek2..rupanya tepung pulut abis!!! Hwuaaaaaa..... yg byknya tepung beras, tepung ubi, tepung jagung.. huhuhu... Pospon lg le nampaknyer.....

Layan ler.........layan mata!!! Hari ni masih lom pikir nak masak aper!!!

Ramadhan kakak.........

Salam Ramadhan ke-3..

Alhamdulillah..masih berpeluang untuk menikmatinya..dengan penuh kesyukuran.. Amin.

Bulan Ramadhan ni mood nak merempit agak kureng.. Ntahla... so x merayau ke mana2 pun.. Just melepak 'umah' sendrik, tanpa letak apa2 n3. X de benda nak d post.. Menu buka posa pun simple.. kami makan cukup bersederhana... ala kadar je.. Itupun dah rasa cukup bertuah. Alhamdulillah...

Alhamdulillah sesangat..sebab kakak berjaya melaksanakan ibadah puasa sepenuhnya semalam. Puasa pertama kakak hanya bertahan sampai kul 5 ptg. Pastu dah tak larat beno nampaknyer. Agaknya perut terkejut! Walaupun waktu berbuka puasa tak sampai 2 jam lagi..(kami kat sini buka puasa 6.37ptg)..Hb cakap tu pun dah cukup bagus bagi cubaan pertamanya.

Hari ke-2 nampaknya kakak lebih bersemangat..nak kejut sahur pun xde masalah..w/pun makan x banyak mana. Selalunya hb yg kejut kakak...kadangtu siap didukung bawak basuh tangan & muka. Manja sket.. takpelah.. yg penting dia nak bangun. Masa bukak puasa pun dia masih tahan tunggu kami tuk sesama makan. Selalunya kami buka ngan air & kurma lu.. Pastu solat berjemaah. Kemudian baru makan berat. Camtu gak kakak. Pas minum soya, dia akan solat sesama ngan kami..

Aku akan pastikan kakak tak terlalu aktif.. Kakak ni suka menari, berjoget..takut dia letih! Dia kuat minum air kosong.. kalau dapat sebotol air, sekelip mata leh abis. Pastu petang2 tu kami akan sama2 menidurkan diri beramai2.. kalau nak suh dia tido sendrik memang susah sket.. kenalah mama abah dia berpura2 dulu!! kekadang tu hanyut gak! heheh.. Nampaknya dia tak kisah bile nampak c adik makan... hehehe..harap2 kakak mampu untuk meneruskan puasanya tuk hari2 mendatang. InsyaAllah...



Buat Donut atas permintaan c kakak. Wat kecik2..suku adunan dr resepi HaSue..



Nasi Goreng lagik!!! Nak wat camner..permintaan hb. Kali ni Nasi Goreng yg memang sarat giler.. Heheeh. pe2 lah kan!!!


Menu simple..sedap makan ngan nasi panas...wat sahur sedappppp....

Jadi Jutawan d bulan Ramadhan

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk rm.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu'alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini ramdhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu.......

Sunat2 Puasa

Sunat-sunat Puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Sahur pertama Ramadhan..

Salam Pertama Ramadhan..

Alhamdulillah..seawal 4 pagi dah bangun tuk siapkan sahur pagi ni. Tapi takde masak pe pun.. Sahur selalunya sebagai syarat & nak ambil pahala Sahur.. Awal pagi susah sket nak makan. Hb selalunya makan nasi gak, tapi just wat alas perut..

Hari ni percubaan pertama aku nak melatih c kakak berpuasa. Dari malam tadi dok tanya ape menu dia nak makan sahur nanti. Mula tu nak ayam kepci..pastu tuko lak nak makan nugget ABC jek.. Hehehe, sonang keje mama eh... Kakak pun excited nak cuba puasa..pengaruh citer Upin Ipin kegemaran ramai tulah.. Tapi tulah..anak dara sorang tu susah sket nak makan pagi. Selalunya bekpes pun kena paksa.. dah berjam br abis.. Sahur tadi dapatlah kakak abiskan 5 ketui nugget & 1/2 gelas Soya Milk. Mula eksyen nak makan ngan nasi.. last2 nugget je yg masuk mulut! C adik pun bangun gak.. tapi x moh makan pe.. "kenyang mama".. ehehe.. Gembira tul depa bangun awal pagi!! Harap2 kakak boleh bertahan sampai ke azan Maghrib nanti.. InsyaAllah.




Just masak telo ni.. Rendang ayam semalam ada lagi. Mengimbau kenangan tika bersahur ngan mak. Mak pun sahur tadi masak telo ni.. Hehehe..kuranglah sikit rindu d hati ni.. Masak sebiji jer.. tu hb sorang.. Aku minum air panas jer...


Kad Ramadhan

Sekali Lagi...Jutaan Terima Kasih buat Sahabat2 Blogger yg sudi bagi Kad Ramadhan ni... Mekasih bebanyak.. Semoga Persahabatan antara kita semua berkekalan hendaknya. Amin.



Dari c adik manis.... Ijayuji aka ika bangkok...



Dari pn-iena, mama MarissaFadli.



E-Card dari HaSue



Dari Eiyna Chumill




Dari Kak Mimi...mama 3 Dara



Dari kak Nor Ghanu


Sayang Semua... Thanks a LOT.........Mmmmuahhhhhhh.. Lebiuuuuuuu





Menu sempena menyambut Ramadhan esok..

Salam semua..

Tak sabar nak menunggu hadirnya hari esok. Dan malam ni bermulanya Terawih Pertama. Harap2 tahun Terawihku lebih baik dr tahun sebelumnya. Alhamdulillah, d beri kesempatan tuk aku menikmati sekali lagi Ramadhan yg penuh KEINDAHAN ini.. InsyaAllah, Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yg lebih bermakna buat kami sekeluarga.. Amin.

Dalam kegembiraan & kesyukuran nak bertemu Ramadhan, hati di sapa rasa sayu.. kerana ada rasa rindu d hati.. Pada mak, pada abah.. pada keluarga d kampungku tercenta. Along dalam perjalanan pulang dr Penang ke Kota Tinggi. Nak sama2 bersahur ngan mak abah. Dah pesan ngan mak suh masak Telur Pecah Masak Kicap.. Menu spesel mak setiap bulan posa masa kami kecik sampai dah nak tua nih!

Puasa kali ni...suma anak lelaki mak berkumpul sama. Cuma anak pompuan dia yg sorang ni jek yg x dapat bersama. Tentu mak sibuk awal2 pagi menyediakan menu sahur yg sentiasa sedap d anak tekakku..& air teh O yg memang minuman wajib! Mak....nak posa ngan makkk....



Menu harini...Rendang Ayam.. Sempena nak sambut Ramadhan yg dirindui... Nak wat daging, dah abis stok.. Rendang sihat sebab tukarkan santan kepada susu cair.. Hb kata rasanya sama jer..& sedap!!



Permintaan hb yg memang penggemar tegar nasi goreng. X kira apa jenis nasi goreng, yg penting mesti pedassssss.. Hb bagi nama Nasi Goreng Special.. ngan udang yg melimpah ruah.. telo..& macam2 adaa!!! Masakkan tuk dia sorang jek!!!

Udang Lagi

Salam Kembali lagi....


Tak bleh nak berceloteh panjang...sebab nak mengejor line yang asik lip lap lip lap nih! Makan Udang Masak Tempoyak harini.. Dok menyelongkar esbok, tetiba terjumpa belen tempoyak! Ada lagi rupanya!! eheheh... Pedas & Berapi...



Selagi ada Udang kat esbok... tambah buncis tuk menemani c udang...




Nasi Goreng menu bekpes hb pagi tadi. Dah bangun lambat..x sempat nak berhias.. tp sempat nak posing sebelum panggil hb makan. Layan je lar...

Kena cepat sebelum streamyx merajuk!!!

Salam Khamis...

Cepat tul masa berlalukan!! Sedar x sedar sehari lagi sekolah akan bercuti lagi. Yg dok kat Pantai Timur tu.. esok dah pun mula bercuti. Dan kebetulan, permulaan puasa d sambut tika cuti sekolah. Dapatlah anak2 yg jauh balik kampung.. mnyambut Ramadhan & berbuka puasa bersama keluarga tercinta.

Along aku n famili yang d Penang tu pun balik Johor..nak berpuasa ngan mak abah.. aku jer!! huhuhu hwuaaaaaaaa... walaupun masa perjalanan cuma 2 jam dr Miri-Johor, tapi... alahai bukk... ongkosnyaa!!

Tadi tengok Diari Ramadhan Rafique.. alahai.. teringat kampung. Walaupun dok 1 Malaysia...tapi cam jauh sesangat rasanya. Camna gaknye sahabat2 yg jauh d bumi asing tu ek?.. Pe2 pun semoga u all tabah & tetap bergumbira menyambut Ramadhan dengan penuh kesyukuran. Amin..

Dan MAAFlah bebanyak sbb x sempat nak reply mesej dlm cbox..& x sempat nk meronda umah u all suma.. line tenet yg cam chipsmore & membuatkan darahku naik ni.. amat2 membataskan penerokaanku ke alam maya.. Huishhhh.. geram!

Ni pun ntah bape kali error.. cam nak jadi Hulk dah nih!


Ada nampak kak Dayang wat Cornflakes camni dlm myR.. tapi x dan nak salin resepi. memandangkan line biskut nih. Teringat pada Arwah makcik yang rajin wat bile masa raya...pastu letak kat muffin cup. Tapi sejak tahun lepas, Hari Raya kat umah Pakcik dah xde kue yg jadi mangsa aku tiap kali datang sana.

Semalam aku buat Cornfakes ni ikut aku punya resepi buat kerepek pedas & Tempe Chips tuh.. Sama je kan caranya.. Aku tambah kacang tanah yg d sangan rangup. Memang best.. & dah habis pun!! Hb dok ratah.. & jadikan lauk masa mkn.. Heheheh.. Ulam2an moden!!



Jom makan.. salah satu menu wajib d kala Aidilfitri menjelang tiba!

Penat panjat tangga!

Sesi mengangkut award & Kad lagik.

MEKASIH Bebanyak wat suma yg baik hati... Sayang u all suma... Mmmmuahhhhhhhhh.....


Dari Wawa yg tengah merindu lalingnyer...





Dari Kak Mizan yg ada dua anak dara chumilll...





Dari Sue yg rajin masak w/p masih bujang.. Heheeh..sib baik adikku dah kawen! :P



Dari DianaJoe, Mummy 2 hero...



Suka2 aku jek!!!

Salam di hari yg cerah... Kain pun dah kering.. dah d angkat.. tunggu nak d kerjakan jer!! :P

Hari ni mulanya nak sambung pose sunat Syaaban..tapi..ada kesilapan teknikal!! Err..leh guna ke ayat tuh??.. ehehe..pe2 je la kan!!

Ntah nape 2-3 hr ni line tenet ni asik mengong jer. Cuaca yg tak menentu ni... line Streamyx pun turut demam sama. Wat sakit ati den jer! Br aritu dok puji melambung!! X sempat nak merayau... masuk 2-3 umah, dia dah wat hal! Line connected, tp xleh nak sambung.. camne tu??
Last2 aku asik dok melantak main game jer. Hb lak rajin downloadkan Trial Free Games yg leh main sejam tu.. beratur tggu turn! lagila galak adik manis sorang nih!! Aku suke game Hidden Object.. Kadang tu sampai berebut ngan c kakak.. dia suke ngaco!!! heheh.. cam bebudak!! :)

Tengokla tu..time aku menaip nih..line dah xde dah.. menunggu gambo masuk tadi dahla lama.. ntah bile la gaknya berjaya d post pun aku x tau! Ada kang yg kena 'saman' nih!!!

Jomlah..kita relax & tenangkan hati aku sendiri ni ngan gambo2 yg amat2 x lawonyer...
(biasala.. yg lawo cuma tuannya ajer!!)..



Muahahaha..sebelum tu kena gelak dulu!!

Mulanya sotong ni nak masak ikut resepi kat umah kak Ina Hana tu.. yg ada tabur kacang tuh!! Tp d sebabkan line memang d tahap nak kena hentak ngan teddy bear, aku masak ikut suka aku la... Yg penting ada gak taburan kacang tuh!! Sotong guna sotong biasa jer.. xde sotong yg luar biasa tu.. 2 eko pengantin sotong ada kat tengah tu, d kelilingi cincin2 beso.. yg bakal d jadikan hadiah kahwin nanti! Jadila kan.. wat penuhkan perut kami laki bini.. hehehe.



Kelainannya pada sotong ni ialahh... 2 pengantin sotong tu dah mengan......dungkan pulut!! Hahaha.. ada ka? Hikhik..aku buh pulut dalam itu perut sotong! Biar kasi depa senak!! Baru tau betapa kijamnya akuuuuuuu.. huarhahahaha.................




Buncis Masak Kicap ni my mom selalu masak. My youngest brother suka sesangat. Pantang nmpak buncis, nak masak kicap!! Kalau dia makan dulu, alamatnya yg kendian tu tinggal hirup kuah je la.. tu pun kalau ada kuah!!! Dia suka ratah jer! Ikut selera memasingla kan!!!

Aduhai...aku kena bertapa jap kat cni la nampaknyer.. Line masih x bleh sambung.. hati ni dah bagai d lambung2.. waduhh... Lebih Hangattttt dari biasa!!! Ni memang nak suruh aku menyengattt nih......... Gerammmm!!
Salam di malam yg sejukkk...

La ni malam je rasa sejukkk... berselimut kalau bleh nak gn toto.. br tebal & hangat!! Tapi nanti takut susah plak nak bernafas!! ehehehe... pe2pun tidurku indah di buai mimpi bersama sang Putera Idaman, yg ada d sebelah.. ehehe..merapu plak!!! Sowiiiiii....

Ni menu makan kami masa bukak pose tadi.. Alhamdulillah....




Nasi Pebret anak2...

Malas ar nak berceloteh panjang... takde mood, sbb ada 'sesuatu' yg menghilangkan keinginan nak menerokai dunia maya nih!! nanti esok2 aku sambung citer ek! nak jenjalan pun takde mood!! layan gambo jelah ek!!

Salam RAMADHAN al-Mubarak

Assalamualaikum...
Rasanya tidak terlalu awal untuk aku mengucapkan :




salam_ramadhan_06.jpg

SALAM RAMADHAN Al-KAREEM

“ Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Rezeki, Bulan Beramal “

” Wahai Orang-Orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu berpuasa seperti yang telah diperintahkan kepada umat terdahulu. Mudah-Mudahan kamu bertaqwa”

ramadhan4.jpg

Buat semua SAHABATku d alam maya ni...yg mengunjungi umah fantasiku ini....
Aku mengambil kesempatan yang masih ada, untuk...

MEMOHON JUTAAN AMPUN & MAAF

Sekiranya sepanjang perkenalan & persahabatan tanpa bertemu ni, ada kesilapan & kekasaran bahasa...tanpa sengaja @ d sengajakan.... Kalau ada yg terguris & terasa hati...
Semoga Ramadhan kali ini memberi kesempatan untuk kita memperbaiki diri & kelemahan.. & semoga PERSAHABATAN kita di Redhai Ilahi..& BerKEKALan.. Amin..

p/s: Kad2 tu ISTIMEWA buat semua....SILAlah ambil tau!!!!

Scroll bawah untuk N3 Terbaru...:)

JOM JENGOK2..MANA TAU ADA YANG BERKENAN KE.. SAMBIL LEPAK2, DOK USHA2 LER. JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MILIKI APA YANG KORANG INGINKAN.. GERENTI...PUAS HATI!! Meh lepak kat TupperwareKu