Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

I Love it!!

Salam d hari cuti... Labor Day.
Gi melencong ke mana arini? aku dok umah jek. Time camni mesti kat mana2 tempat kat KL ni jemmm.. mesti penuh ngan warga2 bukan malaysia.. Huhuhu.. malas acik nak kuar. Dok umah.. makan..makan..makan..& makan.. Pastu bising badan dah mengembang tahap maximum.. hwuaaaaa... nak kurussss.. tapi nak makan!!! camner tuh?? ehehehhe..

Ku jatuh cinta dengan resepi ini... wallah.. yummy... sedap... Rasanye kalau hari2 makan ni pun tak jemu.. i Love it!!! sape lom cuba, mesti cuba tau!! Rasanya yang masam, manis & pedas.. bergabung menjadi satu rasa yang sukar nak d gambarkan... Sedap bangat!!! mekasih pd yang punye resepi..siapa?? CMG lah.. amik dr myR.. Dah banyak kali cuna tau.. berbagai2 jenis ikan dah..


Siakap Kukus

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

No comments:

Post a Comment

Scroll bawah untuk N3 Terbaru...:)

JOM JENGOK2..MANA TAU ADA YANG BERKENAN KE.. SAMBIL LEPAK2, DOK USHA2 LER. JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MILIKI APA YANG KORANG INGINKAN.. GERENTI...PUAS HATI!! Meh lepak kat TupperwareKu
RAPED BY OWN BROTHER @ TODAY'S JOKE