Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Kisah dari seorang kawan...buat renungan

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Permintaan anak2ku.......

Masih dalam mood yang agak baik... So nak gak upload gambo My Almond London yg baru d buat aritu... Dan dah nak abis pun.. Punyalah susah nak cari coklat masakan.. ayik abis stok. Yg senang nak jumpa, ceklat putih.. akhirnya....terlaksana gaks. Tu pun aku jumpa kat Jusco Mid Valley.....punyelah melampau!! kah3....


 Sebab anak2 x suke sangat kekacang, topping ceklat rice utk depa... Memang sedap!! Rangup & penuh rasa ceklat...


Almond London tunggu sejuk....Yg ada kacang ni pun depa makan, tp setelah kacang2 tu d nyahkan... ehehehhe.......

Kerana Abang......

Salam d pagi Rabu yang sejuk..dek angin yang sepoi2 languange..........Macam nak hujan, tapi lom hujan.
Lama giler x bukak umah ajaib nih...pelagik nak mengulo kat umah2 kengkawan yg lain. FB boleh lak bukak ari2.. :p
Memang malas tahap dewa dewi ler.... Padahal xde keje, & bukannya wat pe2 pun... banyak beno waktu senggang kat umah ni..
Tapi, kalau dah memang MALAS...cakap ape pun x guna. Banyak jek alasannya. Hari ni dengan kerajinan yang masih bersisa, & d sebabkan en.HUBBY tersayang dok bising suh update jugak2 blog ni..aku pun menurut la perintah..kata isteri mithali.. kuang3.. Agaknya dia dah boring ngok benda alah yg sama jek bile bukak ari2.. (jgn x tau, cik abg sorang tu mmg bukak blog ajaib ni setiap kali dia on9!!)... hehehehhe..

Makanan ni pun memang dah confirm2 dah jd baja.....ntah bile aku masak pun aku lupe... Biasalah, klu ingat amik gak gambo, tp pastu dok terperap jd tukun kat dalam cik.Canon tuh..huhuhu.........

 Telur Puyuh Masak Sambal...... Nampak cam banyak kan!! untuk 2 orang makan.. Tapi abis gak... Anak2 yg dok tulun kupas kulit telo2 chumill nih... pastu main ramas2 kulit telo... Wat sepah!!! huhu



 Babat Masak Lemak Putih Berapi.......Mak oiiii panjangnye nama!! Ahaks! Kat tempat aku @ sebenarnya memang dah d perkenalkan dr kecik oleh mak aku, nama benda alah ni babat.. ada ke nama2 lain?? @ kat tempat korang ada nama2 manja yg lain utk salah satu aksesori mrs Cow nih?? Leh ar share yek!! Sedap babat masak camni.. Aku suka.. Hb pun suka nampaknya... Lagi pedas lagi best. Kasik banyak2 Cili!! Wallahhhhhh................

Tetiba teringat..

Salam bertemu lagi d hari ini..

Hati rasa sedih..sebak bila teringat kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Kejam betul manusia sekarang ni. Betul lah kan..kerana DUIT, manusia jadi buta mata buta hati.. mampu buat apa saja asalkan keinginan & impian tu dapat d penuhi...

Cuba tengok wajah manis seorang usahawanita melayu yang paling berjaya & sukses dalam empayar perniagaan kecantikan. Berusaha dari bawah untuk bangkit demi anak2 tersayang. Syahdu sangat...d hari umat Islam sedang beribadah d Ramadhan yg barakah.. sedang meniti hari untuk menyambut Syawal, kita d kejutkan dgn pemergian tragis beliau dan 3 sahabat yg lain. Yang paling menyayat hati, mereka d perlakukan dengan cara yg tidak sewajarnya.. Walaupun cuma mengenali allahyarham hanya pada nama & wajah d kaca tv & majalah, namun hati cukup terkesan dengan pemergiannya.. Ikon wanita melayu yg berjaya.

Dari hari ke hari, tak jemu aku mengikuti perkembangan kes ni.. Berharap sesangat mangsa2 yang teraniaya ni mendapat pembelaan & hukuman yg seberat2nya dijatuhkan ke atas pembunuh kejam tu... Ishh..geram nih!!!

Al-fatihah untuk Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin, Ahmad Kamil Abd Karim & Noorhisham Mohammad. Semoga mereka d tempatkan dlm golongan yg beriman.

Masih Syawal lagi...

Salam d petang yg masih dalam bulan lebaran... walaupun sudah agak kurang suasana 'raya' tu. Yang meriahnye sebab bila ada umah terbuka d sana sini...
Cite pasal open house ni memang rasa cam seronok jek.. Tapi aku masih lom berpeluang nak gi kemana2 open house lagik.. huhuhu...
Last week masa ada jemputan yg betul2 punye 'open', kami sekeluarga masih dalam tempoh berkuarantin plak d sebabkan oleh sakit mata yg menyerang. This week ada gak, tapi x tau lagi dapat gi ke tak... InsyaAllah klu ada rezeki adalah.....

Masih dalam mood raya ni, aku nak gak cite pasal sambutan Hari Raya yg teramat2 best tahun ni. Almaklumla, semua adik beradik berkumpul sekali...kemeriahannya memang lain.. ehehhe. Balik ke Johor agak awal memandangkan cuti sekolah. So, sempatla tolong mak buat 3 jenis kek.. Tak pernah2 mak aku excited nak wat kek masa raya.. ehehhee... Tapi x teringat lak nak amik gambo.. huhuhu..
Hari raya ni memang ramai sebab famili makcik aku yg kat Bangi tu pun sambut raya bersama. so...pepahamla bila dah ramai..mandi pagi raya tu pun berebut2.. eheheh.. Tapi yg x bestnya raya pertama tak dapat nak berjalan banyak.. sekali hujan lebat daa.. Raya ke 2 berkonvoi balik Pontian menziarahi makcik pakcik.. Sungguh seronok!! Anak2 pun collection memang masyuk la.. kui3..
Mula tu plan nak balik ke KL semula raya ke3 sebab konon2nya hb x dapat cuti..so isnin kena masuk keja. Tup2 sambung cuti sampai seminggu lagi.. ulalalala..seronoknye.. Atas ke'sporting'an hb tersayang, petang Rabu tu baru balik ke KL. Hari Khamis baru gi umah mertua.. ehehehhe....Sayang hb.. Mekasih sayang.. u are wonderful man in my life.


Familiku...semua ada...



Famili kecilku- tema pilihan tahun ni.... Ijo



Bersama mak tersayang



Kesemua cucu2 atuk & maktuk.
3 orang anak angah-Haziq, Rina & Haikal. Anak2ku-kakak & adik. 2 anak along- Amsyar & Tasya. serta c kecil Nabila (anak adik aku)..
Hujung tahun ni tambah sorang lagi....

Tdo pun sodapp....

Salam semua....
Mata masih ada feel nak tdo balik...nak golek2 peluk bantal (nak peluk hb, posa..:P)..tapi pe nak buat....anak2 segar bugar menyepahkan umah, takleh le mama depa nak beradu..

Ni menu iftar ntah bile.. uishhh..dah terperap baru nak hapdet.. Malas sket ma...


Ayam penyet style MIL yg x penyek pun... :)



Sambal Bilis & petai



Bendi tumis udang kering



Masak lemak cili api Keli - pebret my lovely hb..

Jom Layan.....Zashhhhhh

Biskut Pertamaku...buat kesekian kalinya...

Akhirnya..
Setelah puas memujuk hb tercinta...at last dia bagi gak aku wat kuih. Sebenarnya hb suh beli jek.. Dah bawak aku suh g beli je kuih2 raya ni...tapi ntah nape, semangat nak mengkukis agak membara gak, so pujuk & pujuk. Kata hb, beli je senang, x penat.. baik tdo.. ehehehh... leh gitu plak!! Kuih pertama yg jadi bahan eksperimenku ialah c ceklat itew.. Ini 1st time aku wat kukis nih. Selalunya dulu2 aku tukang salut ceklat jek bila balik kampung.. kali ni aku cuba sendiri... Resepi dari my mom tersayang.... yang sesangat mudah!! juga tanpa telur....


Sebelum & selepas...


Agak comot & x baper cantik salutan coklatnye... InsyaAllah akan lebih baik untuk adunan ke2 nanti... U can do it Ct!!! ehehhe

My Mom ALmond London

Bahan:
180g mentega
125 gula halus
250g tepung gandum
3 sb tepung jagung
1/2 sk soda bikabornat
sedikit garam
2 sb serbuk badam
3sb nestum keluarga
*Badam cincang - d sangan
*coklat masakan

* utk hiasan

Cara:
Pukul mentega & gula hingga kembang. Kemudian masukkan bahan lain satu persatu.. kacau sebati.. Uli ngan tangan lagi senang... bentukkan.. bakar lebih kurang 20 min. Salut ngan coklat ngan badam sangan bila dah sejuk.. Ok siap!!

Salam KeMERDEKAan

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!

Alhamdulillah....
Sudah 53 tahun negara Malaysia tercinta kita bebas dari d jajah...
Semoga Negara kita sentiasa Aman, Makmur, Muhibbah & Harmoni bersama rakyatnya yang berbilang bangsa... dan... sentiasa berada dalam lindungan Ilahi.
Semoga pemikiran kita juga akan bebas dari penjajahan anasir barat...dr ideologi barat.
Buat semua sahabat....rakyat Malaysia
Selamat Hari Merdeka ke 53..




i LOVE Malaysia......
-Peace-

Oh...

Salam semua..
Alhamdulillah...dah masuk malam 10 terakhir Ramadhan... Ramadhan yang menjanjikan LailatulQadar kepada hambaNYA yang bertuah & terpilih. Bertuahnya seandainya kita juga termasuk d antara hambaNya yang terpilih. Dapat melihat & merasai LailatulQadar.

Semalam, mengambil peluang cuti hujung minggu untuk keluar shopping raya. Buat julung2 kalinye...ntah dah bape tahun...yang pasti sejak sebelum aku dok kat Miri lagi..barulah aku berpeluang menjejakkan kaki d Jalan TAR aka Jalan Tunku Abdul Rahman yang memang jalan yang teramat2 sibuk dan ramaiiiii.... Fuhhh..memang letih berjalan d bulan puasa, w/p aku bukannnya puasa pun!! eheehh..
Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk..Kamdar, Gulattis, Madras, Nagoya, First Lady,.. hisshhh..semua kedaila...tu tak termasuk bazar2 yang memenuhi jalan.. semata2 utk cari baju aku ngan c kakak... dah seharian, dapatlah untuk aku 2 pasang baju kurung, tapi masih lom berhasil untuk kakak. Aduyaii..letih!! Nampaknye kena kuar lagik!! hwuaaaa.....

Ni bukan menu semalam, sebab bila balik dah keletihan, so tapau dari bazar ramadhan jek. Mula plan nak buka posa kat luar, sbb sepanjang ramadhan lom lagi berbuka d luar, tapi sebab dah kepenatan dengan kaki cam nak tercabut, cancel plan awal.. huhuhu

Menu iftar ntah bile.. Lupa lak..



Udang Goreng Tepung Adabi..

Menu hari Minggu

Menu Iftar hari minggu sudah..
Hari minggu lepas, PIL & famili adik ipar datang berbuka bersama d teratak cumilku ini. Takde masak spesel pun, sebab pagi tu kami kuar menghabiskan duit & tenaga g shoping. Balik dah lewat, jadi wat ape yg dan je ar. Mula plan nak kuar hari sabtu, tapi last minit hb nye skul dapat cuti raya..sambung lagi seminggu, so sabtu kena le skolah ganti. Dah xde masa nak gi menyopping, selain hujung minggu..so terpaksalah kuar, w/p rasa x best sesangat.. xde feel kalau g belanja kelam kabut ni... asyik tengok jam jek.

Pas sahur tu, sempat le rebus tulang dulu..plan wat Mihun Sup Tulang.. Alhamdulillah, sebelum kuar dah siap, balik shopping tinggal mengesup jek. Tapi gambo x sempat nak pose, sbb segan eh ngan mak mertua..Ntah pe2 dia fikir nanti. Sambil tu ada gak nasi..ngan lauk simple. Mak mertua datang pun siap bawak rendang, pulut kuning, nasi goreng, tembikai & Durian D24. Aduyai..tang durian tu..puas aku makan!!! mekacih mak!!


Udang Sambal Bersos... Sedap gak w/pun aku main tarah jer....



Ikan Cencaru Sumbat Bakar...



Ni belen ikan bako yg tak abis tu...dah banyak sangat makanan..sampai x tau nak makan ape. Yang jadi rebutan Mihun Sup Tulang itew lah.. At last terpaksa ikan ni merelakan diri d recycle... & d modifified jadi Ikan Bakar Kicap dengan Sos Cili...jadilah menu untuk berbuka hari Isnin lak. tak baik membazir.. Amalan syaitan.. Alalalala....

Saje nak berceloteh...

Salam semua..

Sambil melayan lagu raya online ni.. rajin2 kan jari ni wat eksesais. Amik feel le kononnya.. Terasa kemeriahan raya tu d hati ni.. Kalau tahun lepas, raya tu cam takde pe jek, selain kesyukuran selepas berjaya menjalani ibadah puasa & ujian drNya. Almaklumla, tahun lepas kami beraya kat Miri, tanpa keluarga & sanak sedara.. Cuma yg istimewanya raya tahun lepas, aku berpeluang ke rumah HaSue & berjumpa lak ngan Kak Maria KK.

Dan tahun ni berbeza...sebab kami sambut raya d Semenanjung, Dan yang lebih2 mengujakan & menggembirakan, tahun ni beraya d kampungku. Kota Tinggi..nantikan kepulanganku... Dah terbayang2 d mata kemeriahannya bila kami 5 beradik semuanya berkumpul d umah mak abah. InsyaAllah..semoga segalanya berjalan seperti yg d rancang.. Amin.

Ramadhan dah 1/2 bulan berlalu..camne ngan persiapannya?? Maybe u ols dah siap suma.. dr baju, langsir, perabut.. eheheh.. Bagi aku biasa2 jek.. Baju melayu & kurung sumanya beli siap jek. Persiapan untuk hb & adik dah siap semuanya...cuma tinggal aku & c kakak yg masih terkapai2 mencari..suma x berkenan dek hati. Selalunya pakaian popuan yg senang, ni terbalik laks.

Kuih?? Masih dalam perancangan...samada nak wat @ tak? ehehhehe... @ buat ngan sekali kat kampung. Masih lom d putuskan. Pe2 pun, wat u ols suma...berbelanjalah ikut kemampuan & berpada..(ingatan buat diri sendiri yg seringkali terlupa!)

Stim Siakap

Salam d malam hari yang riuh ngan bunyi mercun berdentam dentum... ntah kat mana gaknye bebudak tu dpt stok mercun. Tiap2 malam memang bingit betul.. Budak dua kat umah ni, bila malam jek..mula le 'gatal' nak kuar.. suka beno dapat tengok budak2 men mercun w/p cuma dr koridor... pastu bile dah dapat kuar...men beskal, nak suh masuk tu macam nak bergaduh... huhuhu.. sabo je ar..

Cite pasal buka posa lak..tadi just masak siakap stim ngan sayur jantung pisang... setelah bersengkang mata berfikir nak masak ape.. kuang3.. ayat dasat x hingat!! ehehehee.
Untuk anak2, cam biasa..ayam! Kali ni c kakak minta Ayam Kicap Manis aka Ayam Bakar Madu...

Siakap Stim yang menjadi kegilaan aku..
Resepi by CMG...x dapat nak paste kat cni sebab..x dapat nak bukak myR...



Jantung Pisang tumis Cili...
Simple & pedas... Lama x makan ini pisang punye jantung nih.. selalu suka rebus jek cicah ngan sambal asam.. Tapi kali ni teringin lak nak yang ada kuah2 gitu... Nampaknye hb pun suka...




Puding Kastard
Dari mula ramadhan teringin nak makan kastard ni.. Mula ingat nak cari kat Bazar jek.. (melampau punye pemalas!!) tapi cam xde yang berkenan... so tadi merajinkan le diri membuatnye.. Suka yg lembut & agak2 lembik gitu... suka makan ngan sudu, ala2 puding camtu.. Nyaman makan bila sejuk...

Pe2 je la...

Sejak puasa ni kan..aku asik dok mengunyah 'non stop'. Kalau selalunye lepas kul 8mlm memang cuba elak makan, la ni pas terawih...mesti ada moreh. Hb lak tu balik terawih sampai kul 10.30. Dah la lewat...sambil teman hb, sambil join gaks.. Aduyai..pastu penin paler, riso nanti raya baju tak muat... huhuhu.... What can i do???? Best jek dapat gerakkan mulut & lidah.. ehehehe..

Er..ni ada menu sempoi giler...sib baik x gila.. Kiranya dah jadi pebret akula.. Ntah naper leh jatuh syiok kat menu ntah per2 ni pun aku x tau, yg pastinye semuanya bermula d kenduri kawin sepupu aku...

Hati Ayam campur masak Kicap campur...
Muahahahaha..ada ke nama resepi cenggitu?? kuang3... Pedulik aper, yang penting kenyang masuk mulut.... Sejak makan kat kenduri tu, aku cuba masak sampai jadik rasa yang sama.. yela kan, takkan aku nak gi tanya kat catering tu time orang sibuk2 palu kompang... huhuhu..

Secara kasarnya....menu ni
1. campuran hati ayam, pedal, leher, kaki yang dah di potong cumil2. pastu lumur ngan kunyit... goreng separuh masak dalam minyak yg agak2.. kiranya depa xdela berendam bagai dalam minyak tuh.. tak payah buh garam dlm campuran kunyit tu, karang termasin lak..sebab nnti nak buh kicap & sos tiram yg dah sedia masin.

2. dah agak2 masak, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi, cili merah... bawang besar & cili padi lagi banyak lagi syiok.. kasik pedassssss.... kacaau rata.

3. Dah agak layu bawang n the gang, leh masukkan kicap, sos tiram, sos cili...tambah gula.. garam x yah.. perasakan secukupnye ikut selera. Tambah air skit biar x terlalu pekat & pedal serta kaki ayam betul2 masak.. Itu jer lah... Biar pedas, baru ada umphhh.. eheheh.. Sempoi kan???

Kehla...rasa cam mengantuks...x se,pat nak meronda...

Ala2 Syawal..

Malam2 cenggini, sambil lepak2 ngan hb tengok cite Emily..merajinkan diri masukkan gambo yang dah terperap kat lappie.. Ni menu Iftar 1 Ramadhan, request dr my beloved hubby. Kiranye menu ala2 nak raya ler... tapi yg ni menu menyambut Ramadhan.. hb memang antu pulut. So, kalau dah ada pulut mesti ada geng baik dia cik rendang tuh.. baru ngam! Pulut Kuning sempena Ramadhan dan masuk umah baru... Alhamdulillah...

Minta mahap la ek.. resepi memang takleh nak kongsi, sebabbbbbbbbbbbb.....aku masak pun bukan guna resepi pun.. main ikut suka ati aku jek.. asal ada rasa.. muahahahhahaha... Leh gitu??



Nasi terhimpit segera pokcik Adabi ngan kuah kacang.



Pulut kuning dan rendang daging.



Ayam kepci comel tu wajib ada..anak2 memang sukeeeee & request kalau bleh ari2.. tapi kalau mama dia x rajin, xde la.. ehehehhehh

Menu Iftar 9 Ramadhan


Salam pagi Jumaat yg ceria bersamaan 10 Ramdhan yg mulia...
Merajinkan diri mengupload gambo sekaligus menghapdet blog ajaib ni... Nak tulis banyak, memang x larat dah..sebab mata ni cam dah nak tertutup.. Ngantuks gilerrrrrrr...
Len kali kite citer pasal resepi...

Kamera dah macam ok sket, pening paler dia dah kurang kot.. tapi memang jenis x reti amik gambo, pose x menarik langsung!! ok la tu kan.. Jom layannnnnnzzzzzzzz........


Ayam Goreng Berempah Serai



Pajeri Nenas



Sambal Terung Kerisik



Slice Ciken Kepci utk anak2



Set Menu Berbuka terus ke sahur bersama nasi kunyit planta. Cuma tambah telur asin utk bersahur tadi... Huarghhhhhhhhhh...Jom layan mata jap..

Ramadhan d rumah baru

Salam Ramadhan al-Mubarak...

Lama x menghapdet blog yg pernah menjadi tempat paling spesel utk aku luahkan feel ni.. sekarang ni bukan x spesel, cuma penyakit malas menjadik2...so feel tu tarak.. ngeh3..

Actually, la ni aku baru lebih kurang 12hari dok kat umah baru. Bukan umah sendiri, tapi umah sewa baru. Line tenet pun baru je aktif semula..Dalam tak sampai setahun aku pindah ke semenanjung ni, dah 2 umah dah .. Bukannya ape, macam2 hal kat umah lama... Harap2 d tempat baru ni semuanya akan berjalan ngan baik.

Dari tingkat 14 kami berpindah ke tingkat 4..w/pun umah baru ni lebih kecil berbanding umah lama yg sememangnye x le sebesar mana, tapi suasananya lebih baik untuk anak2.. Selain sekolah yg memang dekat gilerrrrr, 250m jek..masjid pun di pisahkan oleh pagar jek. Kiranya bab sekolah no hal...persekitaran kawasan perumahan yg lebih bersih, selesa..siap ada CCTV tuh.. ehehhe.. Playground pun bawah jek. Budak2 memang seronok sesangat...leh main beskal, dah ada kawan2.. Dulu masa kat umah lama, x pernah langsung turun bawah...balik sekolah terus dok atas sampai gi sekolah esok paginye.... beskal pun terperuk kat stor. Aku pun alhamdulillah rasa seronokkkkk gak. Kiranya raya ni kami beraya di rumah baru ler.. kekekeke.

Memasak?? of course lah.. cuma camera ni wat hal ler..so xde le posing menarik tuk lauk pauk iftar sempena ramadhan nih... Nanti2 aku akan hapdet gambo makanan laks...

Renungan persediaan Ramadhan

Oleh
Kholid bin Abdullah Al-Hamudiy
Saudaraku muslim dan muslimah…
Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

Kami sampaikan risalah ini kepada anda dengan penuh kerinduan dan penghormatan. Kami sampaikan risalah ini dari lubuk hati kami yang paling dalam, disertai luapan rasa cinta kami kepada anda kerana Allah. Kita mohon kepada Allah yang Maha Perkasa agar Dia mempertemukan kami dan anda kelak di Syurga-Nya yang penuh dengan kenikmatan dan rahmat.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Sehubungan dengan akan datangnya bulan Ramadhan, kami sampaikan sebuah nasihat sebagai sebuah hadiah yang berharga. Kami tidaklah membuat sesuatu yang baru dalam nasihat ini, melainkan sebagai suatu pengingatan yang insya Allah akan bermanfaat untuk orang-orang yang beriman. Kami harap, semoga Anda berkenan menerimanya dengan lapang dada dan mendoakan kita semua agar senantiasa dijaga, dibimbing oleh Allah Yang Maha Kuasa di jalan yang diredhai-Nya.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhususkan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lainnya. Diantara kekhususan dan keutamaan Ramadhan antara lain:

(1). Bau mulut orang yang berpuasa, lebih harum di sisi Allah, daripada minyak wangi kasturi.

(2). Para malaikat senantiasa mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa sampai dia berbuka puasa.

(3). Dibukanya pintu-pintu syurga dan ditutupnya pintu-pintu neraka.

(4). Terdapat Lailatul Qadar, yaitu suatu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan

(5). Terdapat ampunan bagi orang yang berpuasa

(6). Diikatnya syaithan

Saudaraku muslim dan muslimah…
Bagaimanakah kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan kekhususan dan keutamaan ini? Apakah disambut dengan perbuatan yang sia-sia? Berjaga semalaman? Berfoya-foya? Naudzu billahi min dzalika.

Sesungguhnya hamba yang soleh akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan ini dengan taubat yang murni kepada Allah, meminta ampunan kepada Allah dan bertekad kuat dan jujur, serta berupaya meningkatkan amal soleh dengan tetap mengharap pertolongan Allah agar Dia memudahkan kita untuk beribadah kepada-Nya.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Berikut ini adalah beberapa amal soleh yang wajib dikerjakan atau sangat dianjurkan dilakukan:

(1). BERPUASA
Dalam sebuah hadits qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Imam Muslim, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Ertinya : Setiap amal manusia adalah untuk dirinya, satu perbuatan baik akan dibalas dengan sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali ganda, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwatnya, makanannya, minumannya untuk Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagian, yaitu kebahagian saat berbuka puasa dan kebahagiaan saat berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada harumnya minyak wangi kasturi.”

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.
”Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Saudaraku muslim dan muslimah…
Tidak diragukan lagi bahawa balasan yang sangat agung tersebut tidaklah diberikan kepada orang yang sekadar meninggalkan makanan atau minuman saja! Akan tetapi hanya sebagaimana sabda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam :

”Ertinya : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan keji serta amal perbuatan keji, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak memerlukan puasanya yang sekadar meninggalkan makanan dan minuman” (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.
”Ertinya : Puasa itu perisai, maka apabila seseorang berpuasa, hendaklah dia tidak berbuat lucah (perbuatan yang menjurus kepada hubungan seksual), tidak berbuat kefasikan, tidak berbuat suatu kebodohan. Apabila seseorang mencaci makinya, hendaklah dia mengatakan: Saya sedang berpuasa!” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Saudaraku muslim dan muslimah…
Bila Anda berpuasa, maka hendaknya puasa pula pendengaran, penglihatan dan lisan Anda, serta berpuasalah juga seluruh anggota tubuh Anda! Janganlah keadaan Anda saat berpuasa sama dengan keadaan Anda ketika tidak berpuasa!

(2). QIYAMU RAMADHAN YAITU SHALAT TARAWIH
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda :
”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan Qiyamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” ( Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Ada sebuah peringatan penting, yaitu hendaknya kita menyempurnakan solat tarawih berjama’ah di masjid bersama imam solat, agar kita dicatat sebagai orang-orang yang mendirikan qiyamu Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam :

”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu Ramadhan bersama Imamnya sampai selesai, maka dicatat baginya pahala Qiyamu Ramadhan semalam penuh’ ( Hadits Riwayat Ahlus Sunan)

(3). BERSEDEKAH
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertiya : Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan” (Hadits Riwayat Tirmidzi).

Diantara bentuk-bentuk sedekah di bulan Ramadhan adalah:

(a). Memberi makanan
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
”Ertinya : Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka Kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera”. (Al-Insan : 8 – 12)

Sesungguhnya salafus soleh (generasi pendahulu umat Islam yang soleh) amat bersemangat untuk memberikan makanan baik kepada yang memerlukan atau kepada teman yang soleh, melebihi semangat menjalankan amal yang lainnya.

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Seorang mukmin yang memberikan mukmin yang lapar maka kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadit Hasan Riwayat Tirmidzi).

Sebahagian salafus soleh ada yang memberikan makanan kepada saudara-saudaranya kaum muslimin, padahal dia sendiri berpuasa, mereka tidak sekadar memberi makanan, tetapi juga turut duduk sambil berkhidmat (melayani) keperluan mereka.

(b). Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa tadi.” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, An Nasa’i dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)

(4). BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MEMBACA AL-QUR’AN AL-KARIM, MEMPELAJARI TAFSIRNYA DAN MEMAHAMINYA

Saudaraku muslim dan muslimah…
Bersungguh-sungguhlah dalam membaca Al Qur’an Al- Karim. Bacalah dengan penuh tadabur dan kekhusyuan. Sesungguhnya salafus soleh, semoga Allah merahmati mereka, benar-benar tersentuh hatinya dan terpengaruh dengan Al Qur’an Al-Karim. Dalam sebuah hadits riwayat Imam Baihaqi dari sahabat Abu Hurairoh, semoga Allah meredhainya, beliau berkata: ”Ketika turun ayat Al Qur’an :
”Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?” (An-Najm : 59-60)
Ahlus Sufah (para shahabat Nabi yang tinggal di Masjid Nabawi) menangis, berlinang air matanya. Ketika Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam mendengarnya, maka beliau pun turut menangis. Kami (para shahabat Nabi) pun menangis kerananya. Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam bersabda: ”Tidak akan disentuh api neraka, orang yang menangis kerana takut kepada Allah”.

(5). TETAP DUDUK DI MASJID SETELAH SOLAT SUBUH BERJAMA’AH SAMPAI TERBIT MATAHARI

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa duduk di tempatnya setelah solat subuh sampai terbit matahari. (Hadits Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang solat subuh berjama’ah lalu tetap duduk setelahnya, berdzikir kepada Allah sampai matahari terbit, lalu dia solat dua raka’at maka dia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna” (Hadits Riwayat Tirmidzi, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)

Saudaraku muslim dan muslimah…
Besarnya pahala yang Allah berikan atas amalan tersebut adalah amal yang dilakukan di hari-hari biasa, maka apalagi seandainya amal tersebut dikerjakan di bulan Ramadhan?

Marilah kita solat subuh berjama’ah di masjid, lalu setelahnya membaca dzikir atau wirid sesudah shalat, lalu membaca dzikir pagi dan petang yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam, atau membaca Al-Qur’an Al-Karim sampai terbit matahari, lalu setelah terbit matahari, solat sunat dua raka’at. Sungguh Allah telah menjanjikan pahala yang besar, seperti pahala haji dan umrah!

(6). I’TIKAF

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa i’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan di tahun terakhir sebelum wafatnya, beliau beri’tikaf selama dua puluh hari terakhir bulan Ramadhan. (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

I’tikaf sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan yaitu berdiam diri di masjid, tidak keluar dari masjid sampai malam Aidil Fitri dengan melaksanakan berbagai amal ketaatan kepada Allah seperti solat wajib berjamaah, solat sunat, memperbanyak berdoa, berdzikir, beristighfar, bertaubat, membaca Al-Qur’an Al-Karim dan amal soleh lainnya.

(7). UMRAH DI BULAN RAMADHAN

Umrah di bulan Ramadhan memiliki pahala yang amat besar, bahkan sama dengan pahala haji. Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji atau haji bersamaku” (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

Tetapi wajib diketahui, meskipun umrah di bulan Ramadhan berpahala menyamai haji, tetapi ia tidak boleh menggugurkan kewajiban haji bagi orang wajib melakukannya.

Demikian pula halnya solat di Masjidil Haram di Mekah dan solat di Masjid Nabawi di Madinah pahalanya dilipatgandakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memudahkan kita untuk dapat umrah di bulan Ramadhan, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(8). MENCARI LAILATUL QADAR
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Ertinya : Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” (Al-Qodr: 1-5)

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu lail pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Adapun qiyamu lail yang dimaksud adalah menghidupkan malam tersebut dengan solat tarawih, membaca Al -Qur’an Al-Karim, berdoa, berdzikir, beristighfar dan bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam senantiasa berusaha kuat untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau memerintahkan para shahabatnya untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau pun membangunkan keluarganya pada malam-malam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan harapan agar mendapatkan malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar terjadi pada suatu malam diantara malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Ummul Mukminin, Aisyah, semoga Allah meredhainya, pernah bertanya kepada Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam : Wahai Rasulullah, bila aku mendapati malam lailatul qadar, doa apakah yang sebaiknya saya baca? Maka Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda: Bacalah
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibul al-afwa fa’ fu ‘anniy” :

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan suka untuk memberi ampunan, maka ampunilah aku ” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan dishahihkannya)

(9). MEMPERBANYAK DZIKIR, DO’A DAN ISTIGHFAR

Saudaraku muslim dan muslimah…
Siang dan malam hari di bulan Ramadhan adalah waktu yang memiliki keutamaan, maka isilah dengan memperbanyak dzikir, doa, istighfar, khususnya di waktu-waktu tertentu dikabulkannya doa, antara lain yaitu:

(a). Saat berbuka puasa. Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa memiliki doa yang tidak akan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

(b). Sepertiga malam yang terakhir, saat Allah Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia.

(c). Beristighfar di waktu sahur. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
”Ertinya : Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (Adz- Dzariyat: 18)

(d). Mencari suatu saat dikabulkannya doa di hari Jumaat, yaitu di suatu waktu antara asar dan maghrib di hari Jumaat.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Ada beberapa perbuatan yang harus kita tinggalkan atau jauhi baik di luar Ramadhan, terlebih lagi di bulan Ramadhan, diantaranya:

(1). Menjadikan malam seperti siang dan menjadikan siang seperti malam. Maksudnya di malam hari dihabiskan untuk berjaga sambil bersembang, menonton TV atau perbuatan sia-sia lainnya. Sementara di siang hari dihabiskan untuk tidur.

(2). Tidur di sebahagian waktu solat wajib.

(3). Berlebih-lebihan dalam makanan dan minuman

(4). Terlalu cepat makan sahur, lalu tertidur saat waktu solat subuh sehingga tidak solat subuh berjama’ah di masjid.

(5). Berbohong dan berbuat perbuatan sia-sia

(6). Menyia-nyiakan waktu

(7). Berkumpul bersama teman-teman untuk kegiatan yang sia-sia, mengata,mengumpat, gosip dan semisalnya

(8). Kaum wanita menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk memasak makanan.

Saudaraku muslim dan muslimah…

Ketahuilah bahawa hal yang tak kalah pentingnya adalah ikhlas! Betapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa selain lapar dan dahaga! Betapa banyak orang yang mendirikan solat terawih tidak mendapatkan apa-apa selain penat dan letih! Kita berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari hal demikian. Oleh kerana itu Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam menekankan dalam banyak sabdanya : ” Dengan keimanan dan mengharap pahala Allah”. Kita mohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menganugerahkan keikhlasan dalam ucapan, amalan kita, baik ketika sendirian maupun bersama orang banyak. Ya Allah, kabulkan permohonan kami ini.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Perhatikanlah nikmat usia dan kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita! Sungguh umur kita terbatas! Pernakah Anda berfikir, mana orang-orang yang tahun lalu berpuasa Ramadhan bersama kita? Ke manakah orang-orang yang tahun lalu solat tarawih bersama kita? Sebahagian mereka ada yang sudah dijemput oleh malaikat maut! Sebahagian lagi terbaring sakit! Sehingga mereka tidak kuat berpuasa dan solat tarawih. Maka pujilah Allah! Bersyukurlah kepada Allah, wahai Saudaraku!

Berbekalah mulai sekarang juga! Sungguh, sebaik-baik bekal adalah taqwa!

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kesempatan untuk berpuasa Ramadhan dan mendirikan Qiyamu Ramadhan, dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang diterima amalan-amalannya dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang dibebaskan dari api neraka. Amin.

Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Akhir doa kami adalah Alhamdulillahi rabbil ’alamin.
Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

(Diterjemahkan (dengan penyesuaian) dari buletin ”Risalah Syahri Ramadhan” karya Kholid bin Abdullah Al Hamudiy oleh Bukit Adhinugraha, Bogor 16 Sya’ban 1428 Hijriyah)

:)

"Bukanku tak sudi...kasih...untuk bersamamu..menulis lagi..."

Lagu yg ditujukan khas tuk blog kesayanganku yg dah lama bersawang.. huk3..
Dah banyak perkara yg aku terlepas..dah banyak hari spesel x diraikan dalam umah AJAIB nih.. Dr hari Ibu, ke hari 'Misi' aka Nurse, kendian hari Belia, pastu hari Guru..macam2 'hari' lah.. cuma harimau je takdek!! eheheheh..untuk itu.. untuk semuanya..selamat HARI semua yg terlibat spt d atas. Bukan ku lupa pada sahabat2 yg meraikan hari spesel tuh..cuma aku ni hangin M sikit.. huhu.
Dan untuk Hari yg baru berlalu iaitu Hari Gawai.. buat suma kengkawan yg ada d bumi kenyalang,yg meraikannya (ialah..bukan suma org sambut!), tempat aku blajo kenal buah dabai & terubuk asin.. Selamat Menyambutnyer.. Miss Miri a LOT!!!

Dan yg Terbaru, terKINI..dah tentunya hari yg di tunggu2.. iaitu Hari CUTI... huk3..cuti skolah. Bagi yg ada anak ramai, tentu hari yg paling riuh, meriah, sibuk & penat.. almaklumlah askar2 sepanjang hari d umah.. yg tolong 'kemas' nye lain, yg tolong 'kunyah'nye lain.. yg bergaduh, berebut nak remote tv @ lappie nye lagik.. pe2 pun semoga cuti kali ni lagi menyeronokkan..
Dah tiba musim buah..kenduri kawin pun bnyak cuti skolah ni.. lehla pakat2 balik kampung reramai. Aku nak balik tau...tapi org kampung lak nak mai KL, sbb sepupu aku kat Bangi tu nak kawin.. jd suma akan berpiknik sepuas hati kat umah aku nih. so, x merasalah duyan yg dok melambai2 panggil aku tuh.. hwuaaa... sedihhhh.. nak duyannnn....

Eheheeh.. esok2 aku rajin aku tepek gambo yek. Tadi ada wat cucur udang by k.nor tu..tp x de lak amik gambo.. Bakso pun abis gitu jek dlm perut.. x sempat wat kenangan... hahahhahaa...

Tips anak cemerlang!!!

Fahami betul-betul apakah tips-tips tersebut :

i) Pengurusan Masa :

Kenapa ?. Ya dengan membuat jadual waktu anak anda, adalah satu perkara terpenting bagi memastikan sistem pembelajarannya teratur dan sistematik. Terutama jadual waktu dirumah untuk anak anda membuat kerja-kerja sekolah yang diberi oleh gurunya. Dengan adanya jadual waktu kerja-kerja anak anda akan siap pada waktunya!

Bagaimana ?. Anda perlulah menyediakan rutin harian yang konsisten untuk anak anda ikuti sekembalinya mereka dari sekolah. Kebiasaannya mereka memang letih dan memerlukan masa untuk rehat. Justeru di dalam jadual itu juga jangan lupa selitkan ruang masa untuk mereka beriadah selepas menikmati minum petang atau selepas kembali dari kelas tuisyen atau kelas agama. Jangan lupa selitkan jadual untuk anak anda membuat kerja-kerja sekolahnya!

Jangan lupa pantau dan monitor perkembangan pembelajarannya dari masa ke semasa.

ii) ‘Get Organized’ :

Kenapa ?. Ya, bagi kebanyakkan pelajar, masalah-masalah di sekolah adalah di sebabkan oleh tidak dapat membuat persedian masa dengan betul. Mereka bermasalah di sekolah bukannya disebabkan mereka tidak cerdik atau kurang bijak. Tetapi disebabkan gagal menguruskan masa dengan baik.

Bagaimana ?. Sediakan ‘checklist’ untuk setiap keperluan anak anda yang perlu dibawa ke sekolah dan apa yang perlu dibawa pulang dari sekolah, setiap hari. Letakkan satu salinan di depan pintu atau di peti sejuk atau di mana juga yang anda rasa sesuai dan menjadi tatapan anda setiap masa. Juga, letakkan satu salinan di dalam folder atau beg sekolah anak anda!.

iii) Pilih prioriti/keutamaan :

Kenapa ?. Kadang-kadang anak-anak gagal menyiapkan kerja-kerja latihan dan tidak tahu yang mana satu harus dimulakan.

Bagaimana ?. Oleh itu, ajar anak anda untuk memberikan keutamaan kepada hal-hal yang penting. Contohnya adakah subjek-subjek utama yang perlu disiapkan dan di hantar esok harinya, atau mungkin adakah subjek-subjek tertentu yang mungkin akan di adakan ujian dan sebagainya. Senaraikan semua perkara yang harus dilakukan termasuk extra-curricullum di sekolah. Susun kesemuanya ikut keutamaan.

iv) Fokus :

Kenapa ?. Gangguan akan menyebabkan anak anda mudah hilang konsentrasi dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu latihan. Ini menjadikan semua masalah timbul sebagai contoh kerja latihan yang mudah mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Letih dan mula rasa bosan.

Bagaimana ?. Sediakan ruang belajar yang selesa untuk anak anda mengulangkaji pelajaran dan pastikan smeua peralatan alatulis tersedia berhampiran!

v) Motivasi :

Kenapa ?. Kebanyakkan anak-anak berkata akan melakukan yang terbaik di sekolah. Namun, masih ramai juga yang gagal untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Bagaimana ?. Sebagai ibuabapa cuba peratikan dan nilai apakah kebolehan anak anda ?. Sambut dan raikanlah kejayaan atau pencapaian anak anda tidak kira ianya besar atau kecil. Contohnya : mungkin hari itu dia dapat menjawab soalan mudah di sekolah dan menjadi pertama yang memberi jawapan betul, apa salahnya anda menghadiahkannya sebuah buku atau pen atau sekadar sekeping ’stiker’!.

vi) Luangkan masa untuk riadah :

Kenapa ? Anak-anak yang terlalu aktid biasanya sukar untuk menumpukan kepada pelajaran.

Bagaimana ?. Selepas sekolah, beri peluang anak anada untuk berehat, mendengar musik, menontong TV, menikmati minum petang sebelum anda mengajaknya membuat latihan kerja sekolah.

vii) Ambil berat :

Kenapa ?. Tindakan mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak anda adalah suatu perkara yang sangat penting dan terbaik di dalam memastikan anak anada mempunyai sikap yang baik di sekolah dan dapat mengelakkan sikap-sikap yang negatif.

Bagaimana ?. Selalulah bertemu dan berbincang dengan guru-guru anak anda tentang perkembangan atau juga permasalah yang ada dengan mereka.

Mihun bodo2...

Sebenarnya masa ni x tau dah nak wat bekpes aper.. Pepagi nak gi kedai malas, stok dah abis dah..Nampak mihun tinggal 1/2 pek. Ada lak fish ball ngan fish cake.. Kupang sket.. Sayur yg ada
cuma kobis.. Masa masak guna cili api bagi pedas giler, campak lak sesudu dua taucu..hehehe.. so, jadilah mihun Taucu pedas bodo2... Yang pasti sedap tau!!! muahahahahah...

Apa2 lahh...

Salam d pagi khamis yg panas...
Mencuri masa mengupdate blog nih.. c adik x sihat.. c kakak pun x gi skool hari nih.. badan dedo2 jek tuh.. Tulah asik dok blajo menari jek tiap ptg.. berhujan berpanas... cuaca skrg ni x menentu.. tambah ngan letih nyer.. Ahad ni lak dah pertandingannye..harap2 c kakak leh perfom... letih ma berlatih. Mama nye yg tukang anto & ambik pun letih.. c adik pun sampai demam2...

Takde yg spesel.. just biasa2 jek buat kenyangkan perut.. Ni pun ntah yg dah bape hari punye.. Alhamdulillah..


Asam Pedas Kepala Ikan Duri..




Telur Bistik Daging..

Mekasih kak fida.

Lama tul tak dapat award2 nih... almaklumla, sejak menyepi seketika dr arena blogging nih.. Rasa gumbira sekali.. Mekasih wat kak fida@amida... Love u.. muah2..

Award ni dipanjangkan kepada sahabat2 yang menjengok umah AJAIB ku ini.. Terima kasih semua.. U're Great Blogger Momma's..

I Love it!!

Salam d hari cuti... Labor Day.
Gi melencong ke mana arini? aku dok umah jek. Time camni mesti kat mana2 tempat kat KL ni jemmm.. mesti penuh ngan warga2 bukan malaysia.. Huhuhu.. malas acik nak kuar. Dok umah.. makan..makan..makan..& makan.. Pastu bising badan dah mengembang tahap maximum.. hwuaaaaa... nak kurussss.. tapi nak makan!!! camner tuh?? ehehehhe..

Ku jatuh cinta dengan resepi ini... wallah.. yummy... sedap... Rasanye kalau hari2 makan ni pun tak jemu.. i Love it!!! sape lom cuba, mesti cuba tau!! Rasanya yang masam, manis & pedas.. bergabung menjadi satu rasa yang sukar nak d gambarkan... Sedap bangat!!! mekasih pd yang punye resepi..siapa?? CMG lah.. amik dr myR.. Dah banyak kali cuna tau.. berbagai2 jenis ikan dah..


Siakap Kukus

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

LABOR DAY

SELAMAT HARI PEKERJA
buat semua sahabat2 yang bekerja d sektor awam @ swasta...& buat yang tidak bekerja.. secara fizikalnya memang nampak kite tak keja, tapi suri rumah ni sebenarnya lagi banyak keje... So, selamat mengisi masa cuti ni bersama anak2 & keluarga tercinta.. Happy Nice Day..



Kangkung

Kangkung Masak Pedas Taucu

Sayur febret di rumah. Yang makan cuma aku ngan hb. Tp mesti ada lah... sedap banget gitu!! Nanti kalau sempat aku update resepi.. Cau dulu...

Tilapia...

Salam d malam hari d hari minggu....
Ambil peluang mengupdate blog, w/pun masih x sempat nak jengah blog kawan2.. lappie hb rosak, tinggal 1 lappie ni jek.. so asik berebut ngan anak2.. ngan abah anak sekalik.. huhuhu... So cuma nyempat menyelit kejap...



Tilapia Sweet Sour
Resepi yang mudah...bagi orang yang M macam aku...

Ada Lagi..

Satu lagi menu yang simple..mudah..cepat..& sedap!!!

Yang semua gerenti tahu!! Takde resepi yang specifik, sebab aku main hentam saje.. yg penting sedappppp..


Set Nasi Ayam Kunyit....

Bawa pinggan masing2..beratur elok2... Ayam cubit sorang sikit... takut tak cukup!! muahahaha..




Ayam Bakar guna Oven...

Bertemu Semulaaaaa.......

Assalamualaikum......
Dah lama betul aku tak menjengok 'umah ajaib' ku ini... Rindu?? Ntahlah.. sebab aku lebih dikuasai dengan perasaan Malas memanjang.. Nak kata busy?? Memang busy lah.. biasalah rutin mak2 kat umah ni.. mana pernah habis. Laktu dah ditambah ngan duty anto n ambik c kakak pegi balik skolah. Pastu anto dia gi latihan menari lak.. Itu ini begitu begini... jadi cam xde mood jek nak n3. Hb dah bising jek sbb blog2 ku suma dah bersawang.. Tpi berFB rajen la pulok!! huhuhu..

Masak cam biasa...cuma yang ringkas2 jek.. Ada gak ambik gambo...tapi yang banyaknye tak d ambillah.. bateri kamera pun dah lama x d cas.. huhuhu.. lazy sungguh!!! Selalunya, lepas siap masak, terus makan...sebab hb ngajo petang, so makan awal, rushing nak gi keje lak..aku lak nak gi amik c kakak.. Tu yg x nyempat nak touch-up n posing maut... Jadi..ada reason la aku jadi malas.. ehehe



Ni ntah bile punye menu pun aku tak tau... dah tersimpan jadi pekasam dah.. sib baik x sempat masam. kuang3..

Resepi aku ambik dr myR.. dr aeeda78. Bahan sampingan yang lain tu?? Hentam sajalah labuuu..

Black Pepper Chicken Chop

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?








Nasi Lemak PJ

Salam d hari Isnin yang masih cuti lagik.. gi jenjalan ke mana tadi??

Takde menu spesel nak kongsi.. cuma nasi lemak biasa jek.. yang semua orang tahu buat... malah lebih sedap lagi dari aku punyer... Ni nasi lemak sempoi.. buat alas perut sebelum kami gi tawaf IOI Mall. Alas perut?? kuikuikui... bukan setakat alas jek..dah cam simen perut dah.. kenyang sungguh!!! Dah makan nyesalll... Tapi sejak aku dok kat kampung sebulan lebih aritu.. selera makan memang naik.. seiringan ngan kenaikan berat badan.. huhuhu... jarum timbang cam nak patah dah... hwuaaaaaaaaaa.... kena diet balik nih!!!


Saje bagi nama PJ kat ujung tu.. menandakan aku dah tak dok Miri lagik.. Kelainan nasi lemak ni ialah aku gunakan beras tanpa kanji.. eheheheh.. konon nak maintain lar tu.. padahal makan tak hengat donia dah... Resepi?? main campak2 jek.. sebab nasi lemak kan dah ramai yang terror..
Jom layannnn.... ngan teh-o kurang manis... Yummyyyyy..

Hai..hai...hai...

Salam...
Malas tul nak update blog ni.. Masa line lom connect cam x sabo2 jek.. bile dah ada line.. huhuhu.. terbengkalai camtu jek umah ajaibku ini... Hari ni rasa rindu lak nak membebel kat sini...

Anyway, nak wish Heppi Chinese New Year kat kengkawan yang menyambutnya.. semoga tahun harimau ni semuanya jadi lebih aktif & produktif.. Aummmmmmmmmmmm...

Tak gi memana pun cuti nih..sebab t/hari tadi mak abah & famili adik baru bertolak ke Penang dari umah aku ni. Adik aku tu beria2 nak datang tengok umah baru aku yg tinggi nun d tingkat 14 nih.. Plan awal nak lepak sini sampai selasa.. nak gi jenjalan n mandi2 kat taman tema la kononnya.. pastu along aku lak tepon tak sudah2.. suh gak depa mai Penang.. so, berangkatlah depa ke utara plak. Udahla semalam dekat 1/2 hari sesat nak cari jalan ke umah aku ni.. Bukannya susah pun.. sebab umah aku betul2 depan highway, tapi banyak silap masuk lorong.. almaklumlah.. adik aku tu pakar area johor jek.. huhuhu...

Jom tengok umah baru aku yang chumillllll...... sebelum masuk barang aritu..




Scroll bawah untuk N3 Terbaru...:)

JOM JENGOK2..MANA TAU ADA YANG BERKENAN KE.. SAMBIL LEPAK2, DOK USHA2 LER. JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MILIKI APA YANG KORANG INGINKAN.. GERENTI...PUAS HATI!! Meh lepak kat TupperwareKu
RAPED BY OWN BROTHER @ TODAY'S JOKE