Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Kisah dari seorang kawan...buat renungan

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Permintaan anak2ku.......

Masih dalam mood yang agak baik... So nak gak upload gambo My Almond London yg baru d buat aritu... Dan dah nak abis pun.. Punyalah susah nak cari coklat masakan.. ayik abis stok. Yg senang nak jumpa, ceklat putih.. akhirnya....terlaksana gaks. Tu pun aku jumpa kat Jusco Mid Valley.....punyelah melampau!! kah3....


 Sebab anak2 x suke sangat kekacang, topping ceklat rice utk depa... Memang sedap!! Rangup & penuh rasa ceklat...


Almond London tunggu sejuk....Yg ada kacang ni pun depa makan, tp setelah kacang2 tu d nyahkan... ehehehhe.......

Kerana Abang......

Salam d pagi Rabu yang sejuk..dek angin yang sepoi2 languange..........Macam nak hujan, tapi lom hujan.
Lama giler x bukak umah ajaib nih...pelagik nak mengulo kat umah2 kengkawan yg lain. FB boleh lak bukak ari2.. :p
Memang malas tahap dewa dewi ler.... Padahal xde keje, & bukannya wat pe2 pun... banyak beno waktu senggang kat umah ni..
Tapi, kalau dah memang MALAS...cakap ape pun x guna. Banyak jek alasannya. Hari ni dengan kerajinan yang masih bersisa, & d sebabkan en.HUBBY tersayang dok bising suh update jugak2 blog ni..aku pun menurut la perintah..kata isteri mithali.. kuang3.. Agaknya dia dah boring ngok benda alah yg sama jek bile bukak ari2.. (jgn x tau, cik abg sorang tu mmg bukak blog ajaib ni setiap kali dia on9!!)... hehehehhe..

Makanan ni pun memang dah confirm2 dah jd baja.....ntah bile aku masak pun aku lupe... Biasalah, klu ingat amik gak gambo, tp pastu dok terperap jd tukun kat dalam cik.Canon tuh..huhuhu.........

 Telur Puyuh Masak Sambal...... Nampak cam banyak kan!! untuk 2 orang makan.. Tapi abis gak... Anak2 yg dok tulun kupas kulit telo2 chumill nih... pastu main ramas2 kulit telo... Wat sepah!!! huhu



 Babat Masak Lemak Putih Berapi.......Mak oiiii panjangnye nama!! Ahaks! Kat tempat aku @ sebenarnya memang dah d perkenalkan dr kecik oleh mak aku, nama benda alah ni babat.. ada ke nama2 lain?? @ kat tempat korang ada nama2 manja yg lain utk salah satu aksesori mrs Cow nih?? Leh ar share yek!! Sedap babat masak camni.. Aku suka.. Hb pun suka nampaknya... Lagi pedas lagi best. Kasik banyak2 Cili!! Wallahhhhhh................

Scroll bawah untuk N3 Terbaru...:)

JOM JENGOK2..MANA TAU ADA YANG BERKENAN KE.. SAMBIL LEPAK2, DOK USHA2 LER. JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MILIKI APA YANG KORANG INGINKAN.. GERENTI...PUAS HATI!! Meh lepak kat TupperwareKu
RAPED BY OWN BROTHER @ TODAY'S JOKE