Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jalan-jalan cari makan.....

Hari minggu datang lagi....
Aku betul2 letih.....sepanjang hari berjalan memang penat gilers.
Weekend kali ni kami menghabiskan masa seharian dengan berjalan. Sebenarnya jalan tak banyak mana pun, tapi cuaca yang terik buat diri cepat letih. Kami gi Citarasa Miri o9. Pastu gi Boulevard Shopping Complex belanja barang2 dapur...Balik dah lewat petang, nak mengemas barang lagi...nak masak lagi...nak ion baju keje hb lagi.....penat acik!

Kat Citarasa Miri, macam2 makanan ada. Aku rasa pesta tahun ni lebih meriah dan banyak gerai dari tahun lepas. Puas jugaklah meronda dengan beraneka rupa gerai....Tentang harga, no komenlah...paham2 sendirilah kalau nak compare ngan s'jung.
Cuaca panas terik. Kejap je dah bermandi peluh. Lagipun aku sampai situ dah kul 11pg. Matahari dah tersengih2...Sian kat anak2...Sib baik ada disediakan tempat lepak2...tempat duduk....untuk makan2....siap ngan kipas.....Hilang skit bahang tu...



Tempat lepak & makan2. Ramai tul orang. Sumanya laparrrr....


Keropok ni sekilo rm20. Aku belilah jugak 1/2 kilo. Buat cemil2, kudapan anak2 dan mak bapak budak. Selalu mama diorang yang melebih!


Kerepek! untuk 3 pack yang tak besar mana ni rm2o. Bila aku timbang kat umah, tak sampai pun 350g sepeket. Alahaiiii....kalau kat kg sekilo rm9 jer. Sedapppp. Errr...Ika, pernah beli tak kerepek kat rumah kedai kat Papan Timur tu? Best borong kat sana...murah!




Antara kek lapis yang ada dijual di sinun. Aku tak beli pun. Hb bukannya gemar sangat yang memanis ni. Karang aku yang dok perabis sorang, makin bertambah lipatan kat badan nih.
Cuci mata je laaa.....



Lunch aku tadi. Mi kolok sebungkus rm3.50. Dah cukup kenyang untuk aku. Burppp...alhamdulillah...............




Dah lama benar tringin nak makan durian. Sekilo rm20. Mahal tak? Pada aku mahallllll......
Tapi sebab dah kepingin sesangat belilah gak sebijik. Besar tapak tangan hb aku tu pun dah 1kg. Tawar dapatlah rm18. Takpelah, aku je yang nak melantak pun....
Emmm...kalau masa musim durian kat kg, tak terabis durian mak kat belakang umah...cuma aku je yang dah bertahun tak merasanya....hwuaaa.....nak balikkkkkkkk......



Ni satu jenis buah yang aku tak pernah jumpa. Penjual tu kata buah laici. Aku pun konpius gak! setahu aku buah laici kaler merah, kulitnya keras....tapi yg ni?...Sebab yang jual tu staf kat sekolah hb aku, so belilah jugak. Segan kalau tak beli, orang dah beria promote. Lagipun murah....5 biji sehinggit jek. Nak gak rasa....emmm..not bad.....

No comments:

Post a Comment

Scroll bawah untuk N3 Terbaru...:)

JOM JENGOK2..MANA TAU ADA YANG BERKENAN KE.. SAMBIL LEPAK2, DOK USHA2 LER. JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MILIKI APA YANG KORANG INGINKAN.. GERENTI...PUAS HATI!! Meh lepak kat TupperwareKu