Nasi Goreng tu wat tuk hb je.. Aku makan roti buka posa semalam... Alhamdulillah.... Mudah kan????
Kehidupan ini satu PERTARUHAN.... Kebahagiaan satu ANUGERAH.... Kasih Sayang satu KEISTIMEWAAN.... Cinta satu KEINDAHAN.....
Segalanya....jadi....MUDAH!!!
Nasi Goreng tu wat tuk hb je.. Aku makan roti buka posa semalam... Alhamdulillah.... Mudah kan????
Rojak............? :P
Ayam malas nak potong2.. makanlah seketul2 tu...
Sekadar Berkongsi Sesama Kita...
Alhamdulillah..sepanjang 6 hari Ramadhan, kakak dapat puasa 4 hari penuh.. InsyaAllah akan d teruskan semampu kakak..
Oklah..just nak kongsi 1 artikel yg saya jumpa di satu laman web... Sama2lah kita baca yer.. manalah tau ada d antara kita pernah 'terlakukannya.'.. Sesungguhnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui....
Mari sama-sama baca emel ini "Assalammualaikum. Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.
Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan." Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman?
Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM...
Murah Rezeki... Alhamdulillah..
Hari ni hb ada Exam PTK.. untuk 1 paper lagi! Aku doakan sempena bulan penuh barakah ni, hb akan dapat menjawabnya dengan baik.. & boleh lulus! Depa kata PTK ni memang susah nak pass,..sampai berkali2 ambil.. Ikut nasiblah.. Heheheh...
Menu Ramadhan semalam memang sesangat la sempoi.. Hehehe.. Jom kita terjahhhh..
Sesungguhnya...MURAH rezeki kami hari nih. Makan pun sampai dah kekenyangan yg teramat!
Buat orang tu...sape dia?? Sape lagik!! c HaSue larrr.. sempat gak singgah jumpa aku jap ondaway nak balik kampung tuh. w/p x sempat naik rumah.. Hari ni HaSue dah nak balik Mukah semula. TERIMA KASIH BEBANYAK... Buat susah2 jer... i lebiuuuuuuu.. mmmuahhh..
Antara KESILAPAN Muslim di bulan RAMADHAN
1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).
Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yg telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu"
(riwayat Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.
Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkn sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
(Fathul-Bari,4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukn ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu kesilapan yg amat besar. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan ditanya oleh ALLAH kpd kita di akhirat kelak.
5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja2 di siang hari dgn alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kiter lakukan di pejabat atau di mana2 tempat kerja pun, bila diniatkan Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.
6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah. Sedangkan Imam As-Suyuti menegasakan bahawa hadith yg menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah.
(Al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)
7) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa & tidak mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang disebut oleh NABI SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
8) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkn meriah. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha ALLAH SWT sebagaimana yg ditetapkan oleh NABI SAW di dalam hadith:
ertinya: "sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat".
(Riwayat Bukhari)
9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA.. wal'iyazubillahi min zaalik..
Wallahu'alam...
Menu 4 Ramadhan
Cuba untuk melakukan yg terBAIK pada Ramadhan kali ini... kerana... mungkinkah ini Ramadhan terakhir untukku? adakah MASIH BERPELUANG untukku bertemu Ramadhan Allah ini pada tahun hadapan??..... Hanya Allah yg MAHA MENGETAHUI.....
Menu yg ringkas tuk buka puasa semalam.. macam biasa... namun syukur atas rezekiNya..
Jom Jawab Tag
Sebelum tu, nak ucapkan "Selamat Hari Wanita" pada semua.. sebab hari ni 25 Ogos, adalah Hari Wanita Peringkat Kebangsaan... Semoga kita terus sukses dlm setiap bidang yg kita ceburi..
Kita adalah yg TerBAIK!!! insyaAllah.
Aku nak jawab TAG, dr saper???? heheeh...
2.UPLOAD GAMBAR KESAYANGAN ANDA???
3.KENAPA ANDA SUKA GAMBAR INI????
Kenapa suka???...Dah tentu sayang, so mestilah suka!! ye tak?.
2nd tu sebab suma famili saya dapat berkumpul setelah 2 tahun tak berjumpa!! Kemeriahan Hari Raya amat2 d rasai.. Suka sangat!! Ada mak, abah, along, angah, Yune & cu Izan. Yg semuanya saya sayang! Tahun ni tak dapat kumpul sama. Sedih wooo..
4.BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA?????
5.LG TERAKHIR ANDA DENGAQ?????
Lagu "Taubat Seorang Hamba" dr Irsyadee.. artis baru kot! Hb upload msk dlm lappie nih!
6.APA YG ANDA BUAT SAMBIL SELESAIKAN TAG INI???
Tengok citer kat TV3.. Pertama Ramadhan....sambil layan anak2..
7.SELAIN DARI NAMA ANDA SENDIRI...ANDA SUKA DIPANGGIL DENGAN NAMA APA?????
8.TAG LG 6 ORG TANPA RASA KEKESALAN...
Kak Ta...soklan Tambahan tu kite pernah buatla... ekeke.. skip ek!! sayanggg dieee...
Menu 3 Ramadhan
Tapi malam tadi betul2 punya ngantuk.. Pas bukak posa tu.. masa ngaji terhoyong hayang dah.. last2 tertidur sambil peluk al-Quran. Dapatlah 1/2 j aku tido sebelum hb gerak tuk solat isya' & terawih sama.. Kiranya lewat sketlah berterawih malam tadik! Parah betoi!! eheheeh.... Tak tahan tul my mata nih!!!
Menu bukak posa semalam ringkas jer.. masak pun cukup2 tuk wat bukak posa. Sahur biasanya lg la simple... sebab yg makan hb ngan kakak jer...
Layan ler.........layan mata!!! Hari ni masih lom pikir nak masak aper!!!
Ramadhan kakak.........
Alhamdulillah sesangat..sebab kakak berjaya melaksanakan ibadah puasa sepenuhnya semalam. Puasa pertama kakak hanya bertahan sampai kul 5 ptg. Pastu dah tak larat beno nampaknyer. Agaknya perut terkejut! Walaupun waktu berbuka puasa tak sampai 2 jam lagi..(kami kat sini buka puasa 6.37ptg)..Hb cakap tu pun dah cukup bagus bagi cubaan pertamanya.
Hari ke-2 nampaknya kakak lebih bersemangat..nak kejut sahur pun xde masalah..w/pun makan x banyak mana. Selalunya hb yg kejut kakak...kadangtu siap didukung bawak basuh tangan & muka. Manja sket.. takpelah.. yg penting dia nak bangun. Masa bukak puasa pun dia masih tahan tunggu kami tuk sesama makan. Selalunya kami buka ngan air & kurma lu.. Pastu solat berjemaah. Kemudian baru makan berat. Camtu gak kakak. Pas minum soya, dia akan solat sesama ngan kami..
Aku akan pastikan kakak tak terlalu aktif.. Kakak ni suka menari, berjoget..takut dia letih! Dia kuat minum air kosong.. kalau dapat sebotol air, sekelip mata leh abis. Pastu petang2 tu kami akan sama2 menidurkan diri beramai2.. kalau nak suh dia tido sendrik memang susah sket.. kenalah mama abah dia berpura2 dulu!! kekadang tu hanyut gak! heheh.. Nampaknya dia tak kisah bile nampak c adik makan... hehehe..harap2 kakak mampu untuk meneruskan puasanya tuk hari2 mendatang. InsyaAllah...
Jadi Jutawan d bulan Ramadhan
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala
Mari kita tukarkan dalam bentuk rm.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00
Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.
Wallahu'alam.
Selamat berpuasa,
Selamat beramal,
Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini ramdhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu.......
Sunat2 Puasa
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Sahur pertama Ramadhan..
Hari ni percubaan pertama aku nak melatih c kakak berpuasa. Dari malam tadi dok tanya ape menu dia nak makan sahur nanti. Mula tu nak ayam kepci..pastu tuko lak nak makan nugget ABC jek.. Hehehe, sonang keje mama eh... Kakak pun excited nak cuba puasa..pengaruh citer Upin Ipin kegemaran ramai tulah.. Tapi tulah..anak dara sorang tu susah sket nak makan pagi. Selalunya bekpes pun kena paksa.. dah berjam br abis.. Sahur tadi dapatlah kakak abiskan 5 ketui nugget & 1/2 gelas Soya Milk. Mula eksyen nak makan ngan nasi.. last2 nugget je yg masuk mulut! C adik pun bangun gak.. tapi x moh makan pe.. "kenyang mama".. ehehe.. Gembira tul depa bangun awal pagi!! Harap2 kakak boleh bertahan sampai ke azan Maghrib nanti.. InsyaAllah.
Kad Ramadhan
Menu sempena menyambut Ramadhan esok..
Dalam kegembiraan & kesyukuran nak bertemu Ramadhan, hati di sapa rasa sayu.. kerana ada rasa rindu d hati.. Pada mak, pada abah.. pada keluarga d kampungku tercenta. Along dalam perjalanan pulang dr Penang ke Kota Tinggi. Nak sama2 bersahur ngan mak abah. Dah pesan ngan mak suh masak Telur Pecah Masak Kicap.. Menu spesel mak setiap bulan posa masa kami kecik sampai dah nak tua nih!
Puasa kali ni...suma anak lelaki mak berkumpul sama. Cuma anak pompuan dia yg sorang ni jek yg x dapat bersama. Tentu mak sibuk awal2 pagi menyediakan menu sahur yg sentiasa sedap d anak tekakku..& air teh O yg memang minuman wajib! Mak....nak posa ngan makkk....
Udang Lagi
Kena cepat sebelum streamyx merajuk!!!
Along aku n famili yang d Penang tu pun balik Johor..nak berpuasa ngan mak abah.. aku jer!! huhuhu hwuaaaaaaaa... walaupun masa perjalanan cuma 2 jam dr Miri-Johor, tapi... alahai bukk... ongkosnyaa!!
Tadi tengok Diari Ramadhan Rafique.. alahai.. teringat kampung. Walaupun dok 1 Malaysia...tapi cam jauh sesangat rasanya. Camna gaknye sahabat2 yg jauh d bumi asing tu ek?.. Pe2 pun semoga u all tabah & tetap bergumbira menyambut Ramadhan dengan penuh kesyukuran. Amin..
Dan MAAFlah bebanyak sbb x sempat nak reply mesej dlm cbox..& x sempat nk meronda umah u all suma.. line tenet yg cam chipsmore & membuatkan darahku naik ni.. amat2 membataskan penerokaanku ke alam maya.. Huishhhh.. geram!
Ni pun ntah bape kali error.. cam nak jadi Hulk dah nih!
Semalam aku buat Cornfakes ni ikut aku punya resepi buat kerepek pedas & Tempe Chips tuh.. Sama je kan caranya.. Aku tambah kacang tanah yg d sangan rangup. Memang best.. & dah habis pun!! Hb dok ratah.. & jadikan lauk masa mkn.. Heheheh.. Ulam2an moden!!
Penat panjat tangga!
MEKASIH Bebanyak wat suma yg baik hati... Sayang u all suma... Mmmmuahhhhhhhhh.....

Dari Wawa yg tengah merindu lalingnyer...
Suka2 aku jek!!!
Ntah nape 2-3 hr ni line tenet ni asik mengong jer. Cuaca yg tak menentu ni... line Streamyx pun turut demam sama. Wat sakit ati den jer! Br aritu dok puji melambung!! X sempat nak merayau... masuk 2-3 umah, dia dah wat hal! Line connected, tp xleh nak sambung.. camne tu??
Last2 aku asik dok melantak main game jer. Hb lak rajin downloadkan Trial Free Games yg leh main sejam tu.. beratur tggu turn! lagila galak adik manis sorang nih!! Aku suke game Hidden Object.. Kadang tu sampai berebut ngan c kakak.. dia suke ngaco!!! heheh.. cam bebudak!! :)
Tengokla tu..time aku menaip nih..line dah xde dah.. menunggu gambo masuk tadi dahla lama.. ntah bile la gaknya berjaya d post pun aku x tau! Ada kang yg kena 'saman' nih!!!
Jomlah..kita relax & tenangkan hati aku sendiri ni ngan gambo2 yg amat2 x lawonyer...
(biasala.. yg lawo cuma tuannya ajer!!)..
Aduhai...aku kena bertapa jap kat cni la nampaknyer.. Line masih x bleh sambung.. hati ni dah bagai d lambung2.. waduhh... Lebih Hangattttt dari biasa!!! Ni memang nak suruh aku menyengattt nih......... Gerammmm!!
Ni menu makan kami masa bukak pose tadi.. Alhamdulillah....
Salam RAMADHAN al-Mubarak
Rasanya tidak terlalu awal untuk aku mengucapkan :



SALAM RAMADHAN Al-KAREEM
“ Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Rezeki, Bulan Beramal “
” Wahai Orang-Orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu berpuasa seperti yang telah diperintahkan kepada umat terdahulu. Mudah-Mudahan kamu bertaqwa”

Aku mengambil kesempatan yang masih ada, untuk...
MEMOHON JUTAAN AMPUN & MAAF
Sekiranya sepanjang perkenalan & persahabatan tanpa bertemu ni, ada kesilapan & kekasaran bahasa...tanpa sengaja @ d sengajakan.... Kalau ada yg terguris & terasa hati...
Semoga Ramadhan kali ini memberi kesempatan untuk kita memperbaiki diri & kelemahan.. & semoga PERSAHABATAN kita di Redhai Ilahi..& BerKEKALan.. Amin..