Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Chicken Blackpepper

Menu kami berbuka puasa hari ni.... Sempoi jerk!!!


Chicken Blackpepper

Kali ni nak share resepi la..... Angin rajin, menyukat satu2... kalau angin malas.. aku campak ikut suka ati je laaa...

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 300g ayam dipotong kecil
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • * 2 sk lada hitam & garam
  • Kuah
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan air
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb kicap
  • tomato ceri -optional
  • salad, timun & daun sup sebagai hiasan
  • 1 sk lada hitam tumbuk
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat

Cara-cara

  1. Perap ayam dengan bahan* yang ditumbuk & juga garam Perap berapa lama pun boleh.. 1j, 2 j... 5j.. heheh..ikut kesukaan yer..
  2. Panaskan minyak, goreng ayam yang dah diperap tu agak2 3/4 masak...Tak perlukan minyak yg banyak.
  3. Kurangkan minyak gorengan ayam, terus masukkan bawang besar. Gaul rata, sampai bawang agak2 layu.
  4. Masukkan 1/2 cawan sos cili, air, sos tomato & kicap. Kacau rata..Masukkan lada hitam tumbuk. Rasa nak lagi cair, leh tambah air..
  5. Masak hingga ayam betul2 masak & kuah pekat.. Masukkan tomato. Perasakan ikut citarasa memasing. ( Bg saya dah x payah tambah perasa apa2, sebab sos & kicap dah lengkapkan rasanya.)
  6. Boleh dihidang ikut kreativiti memasing. Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Scroll bawah untuk N3 Terbaru...:)

JOM JENGOK2..MANA TAU ADA YANG BERKENAN KE.. SAMBIL LEPAK2, DOK USHA2 LER. JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MILIKI APA YANG KORANG INGINKAN.. GERENTI...PUAS HATI!! Meh lepak kat TupperwareKu